Kadang-kadang sedih bila orang datang, terus cakap "Mahalnya dik. Dulu
akak beli murah saja,". Lepas itu, siap beritahu lagi pada orang lain
yang kita jual mahal.
Okay, contoh harga basuh kereta, RM15 basuh luar dan dalam. Mahal? Okay,
sekarang ini, aku bagi kau RM15 untuk cuci kereta aku luar dalam. Nak?
Aku bagi RM20 pun, belum tentu kau nak basuhkan.
Persoalannya sekarang ini ialah, malas dengan rajin sahaja. Kalau dah
malas, nak tak nak kau kena keluarkan duit juga untuk dapatkan apa yang
kau malas itu.
Contoh, zaman dulu air ambil di perigi saja. Murah memang murah, percuma
saja. Tetapi pada hari ini, sanggup ke kau cedok air di perigi dan isi
dalam tangki untuk buat mandi? Perigi sebelah rumah pun belum tentu kau
nak cedok.
Jadi, berbalik kepada situasi tadi. Akak sanggup ke bancuh gula
malam-malam, bancuh perasa, pakai apron, pakai sarung tangan, ikat
aiskrim dan bekukan dalam freezer seharian semata-mata nak makan aiskrim
dan semata-mata sebab tak mahu beli aiskrim yang mahal dijual di kedai
itu?
Terpulang. Kalau akak rajin, boleh saja buat sendiri. Kalau tak rajin, nak tak nak akak kena juga cari di luar.
Apa-apa pun, aku doakan akak itu berjaya mendapatkan aiskrim yang murah.
Tetapi walau macam mana pun, hati pelanggan tetap kena jaga. Aku tak
maki akak itu tetapi aku psycho dia balik. Nak tahu apa cara aku buat?
"Berapa harga sebatang aiskrim ini dik?"
"50 sen saja kak. Kalau akak ambil 2, RM1,"
"Mahalnya dik, dulu akak beli murah saja," katanya.
"Oh mahal ye? Takpe, akak ambil saja sebatang aiskrim dulu. Saya belanja
akak free satu. Haa, dulu-dulu walaupun murah, pernah tak akak dapat
free?"
"Oh yeke free? Terima kasih. Ada perasa apa lagi ye?" tanyanya.
"Ada 7 perasa special kak. Ada coklat susu, keladi susu, jagung susu,
asamboi, anggur jelly, jelly susu, bandung soda. Yang paling banyak
dibeli, coklat susu kak,"
"Bolehlah coklat susu. Betul ni free?" soalnya untuk kepastian.
"Betul kak, free saja. Nak makan terus ke kak? Saya ada gunting untuk potongkan,"
"Bolehlah," katanya.
Akak itu pun terus makan. Kenapa aku terus potongkan untuk akak itu?
Supaya dia dapat terus rasa macam mana sedapnya aiskrim special ini. Nak
tahu apa jadi selepas itu?
Tiba-tiba akak itu datang balik dan cakap, "Dik, bagi akak coklat susu 4,".
Yeay! Sebenarnya dalam hidup ini, bukan setiap masa kita nak kena
menang. Adakalanya bila kita mengalah dan bersabar, inshaAllah ada benda
yang lagi baik kita dapat. Apa-apa pun bertolak ansurlah dalam
kehidupan. - Ikhwan Jaffri | PIXEL MEDIA

No comments:
Post a Comment