Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk
menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari. Dikenali
sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud
di bandar ini, barat laut Pakistan.
Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.
Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan
menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka.
Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi
panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan
stesen bas.
Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap
pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk
filem 'biasa'.
Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee
(RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang
pengawal bersenjatakan raifal AK-47.
Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian.
Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk
bersebelahan penonton lain.
Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang
paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung
tikar.
Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang
ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak
orang Islam.
Situasi itu yang ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital
(DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang
di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis
itu, 20 tahun lalu.






No comments:
Post a Comment