Bulan lepas terima bil elektrik, yang mana penggunaannya meningkat
sebanyak 150% dari kadar penggunaan biasa. Ini mungkin disebabkan
terlalu kerap menggunakan penghawa dingin semenjak El Nino melanda
negara ini.
"Panas sangat cuaca di luar tu,"
Lalu saya cuba mencari cara untuk mengoptimumkan penggunaan aircond agar
tidak terlalu banyak menggunakan tenaga elektrik, melalui laman enjin
pencarian Google. Antara jawapan dan teori yang agak menarik saya dapat
ialah:
Set aircond pada mode 'Dry'. Untuk makluman, kompresor aircond akan
menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk
menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda menggunakan mode 'dry', auto suhu paling rendah digenerate
oleh kompresor aircond adalah 25°C. Maka kompresor aircond tidak akan
menggunakan terlalu banyak tenaga elektrik. Apa yang penting ialah,
bilik anda tetap rasa sejuk dan nyaman walaupun aircond ditetapkan pada
mode 'dry'.
Kalau anda tetapkan suhu 'Cool' 16°C, penggunaan tenaga elektrik secara
maksimum akan berlaku. Namun, tahap kesejukan udara yang anda perolehi
tetap sama dengan tetapan auto 'dry' bersuhu 25°C. Ianya terkumpul +
waktu malam suhu semakin menurun sehingga subuh.
Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan
badan dengan suhu persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland
itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C. Ini kerana badan mereka
sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.
Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak
sejuk juga, maksudnya anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm
jimat. - Nael Sahlan | PIXEL MEDIA

No comments:
Post a Comment