Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn
Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi
persaingan kepada Astro tidak lama lagi.
Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran
dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di
Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi
(HD – High Defination).
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.
“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima
dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai
permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur
merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan
diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara
Semenanjung.
Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya,
dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB
merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir
2017.
Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih
baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk
memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada
pengguna.
Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk
pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem
audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan
cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.
Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat
aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin
mahal.
Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM
dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang
dilihat lebih mahal daripada Astro.
Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa
dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan
mereka.
sumber = http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/03/jom-kita-akan-tinggalkan-astrodekoder.html?spref=fb
No comments:
Post a Comment