Sunday, 8 May 2016

10 Hotel Yang Kita Tak Tahu Pemiliknya Adalah Selebriti, Wow!

10 Hotel Yang Kita Tak Tahu Pemiliknya Adalah Selebriti, Wow!
Ramai rupanya selebriti Barat terlibat dalam bisnes perhotelan. Lihat saja senarai ini dan hotel yang dimiliki kebanyakannya bertaraf mewah, lima bintang.

Jika tak puas melihat selebriti Hollywood anda mungkin boleh mendekatinya dengan berkunjung ke hotel milik mereka ini (jika mampu).

1. Gwinganna Health Retreat- Hugh Jackman
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/gwinganna-health-resort-1024x632.jpg
Tempat percutian terpencil ini terletak di Tallebudgera Vallet, Queensland, Australia. Lokasi di luar bandar namun fasilitinya moden, ia adalah resort yang diilhamkan oleh pelakon ini untuk mereka yang mencari kedamaian.

2. The Cromlix Hotel - Andy Murray
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/cromlix-hotel.jpg
Hotel lima bintang dengan keluasan 34 ekar dikelilingi hutan dan taman. Terletak di Dublane, Scotland, ia tampil antik dengan reka bentuk Victorian, ramai yang menyangka ia milik bintang tenis terkenal ini.

3. The Bedford Post Inn - Richard Gere
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/3.jpg
The Bedford Post Inn milik hero filem Pretty Women ini sesuai untuk mereka yang mahu merasai suasana tenang dalam kotaraya. Lokasinya di bandar Bedford, hanya sejam perjalanan daripada kota New York.

4. Blackadore Caya- Leonardo DiCaprio
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/4.jpg
Pelakon ini membeli pulau Belize di bahagian tengah Amerika bersama seorang pelabur Keith D. Jackson. Mereka membangunkan hotel Eco Resort mewah yang berkonsep kesihatan dinamakan Blackadore Caya. Ia juga menjadi bakal menjadi pusat kajian dan pemulihan alam.

5. Ariel Sands – Michael Douglas & Catherine Zeta Jones
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/5.jpg
Superstar Michael Douglas & Catherine Zeta Jones bekerjasama dengan Seth G. Weinstein of Olympic Property Partners untuk membangunkan resort Ariel Sand di Bermuda. Resort tepi pantai yang cukup indah ini bakal dibuka pada tahun 2017.

6. Mission Ranch Hotel – Clint Eastwood
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/6.jpg
Terletak dalam kawasan ladang dikeliling kehijauan, Mission Ranch Hotel di California ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Terdapat lapan jenis penginapan dengan konsep berbeza di sini lengkap dengan gelanggang tenis, restoran dan hiburan.

7. No 11 Cadogan Gardens – Elizabeth Hurley
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/7.jpg
Ia merupakan butik hotel yang sesuai untuk mereka yang datang ke London untuk tujuan membeli belah. Mempunyai hiasan dalam penuh kejutan di sebalik bangunan dengan reka bentuk Victorian. Konsepnya cukup serasi dengan imej selebriti Elizabeth Hurley.

8. Sundance Mountain Resort – Robert Redford
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/8.jpg
Dimiliki dan konsepnya diilhamkan oleh aktor Robert Redford untuk mereka yang menyukai suasana pergunungan. Mereka yang datang ke sini boleh melakukan aktiviti hiking, berbasikal, menunggang kuda ketika musim panas dan bermain luncur salji ketika musim sejuk. Resort ini terletak di Utah, Amerika Syarikat.

9. Gaia Retreat & Spa – Olivia Newton-John
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/9.jpg
Hotel spa milik aktres ini pernah tercalon dalam Best Spa Award di Australia. Gaia menyediakan 23 jenis banglo dikelilingi taman di samping khidmat yoga, spa mewah dan hidangan organik untuk pengunjungnya.

10. Palazzo Versace – Donatella Versace
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/28/10.jpg
Terletak di Gold Coast Australia, hotel ini mempunyai 200 bilik dan suite, 22 kondominium bersama tiga restoran. Malah butik Versace juga ditempatkan di hotel ini yang menawarkan pelbagai produk dari pakaian, kasut dan juga kelengkapan rumah. Terbaru, Palazzo Versace ini turut dibina di Dubai.


Sumber: www.primer.co.uk

No comments:

Post a Comment