Saturday, 16 April 2016

[VIDEO] Jawapan Dari Dr. Zakir, Buatkan Gadis Ini Terus Memeluk Islam!

Ceramah Dr. Zakir Naik di Kemaman baru-baru ini merakamkan detik bermakna dan menggembirakan oleh umat Islam.
Hanya bertanyakan satu soalan kepada Dr. Zakir Naik, seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk Islam.
Gadis bernama Wu Nina Grace berasal dari Johor dan berbangsa Cina keturunan Filipina itu adalah seorang penuntut di sebuah kolej tempatan di negeri tersebut.
b06d
Menurut pelajar tersebut, dia kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi.
Dia kemudian bertanya, adakah tindakannya itu tidak menghormati agama Islam?
Dr. Zakir Naik terus menjawab, ‘Tidak’. Kemudian Dr. Zakir bertanyakan beberapa saoalan untuk lebih mengenali pelajar tersebut.
Dr. Zakir : “Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?”
Grace : “Ya”
Dr. Zakir : “Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?”
Grace : “Tidak”
Dr. Zakir : “MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?”
Grace : “Ya”
Selepas soalan itu ditanya, Dr Zakir Naik memberitahu jika itu yang dipercayai oleh gadis tersebut, baginya gadis itu sudah pun bergelar muslim.
5139
Kemudian, beliau mengajak gadis tersebut untuk mengucap 2 kalimah syahadah.
Para hadirin memberikan sokongan kepada gadis tersebut dan akhirnya Nina mengucap dua kalimah syahadah di hadapan hampir lebih 40 000 hadirin yang hadir.
97ac
Gadis tersebut dikatakan bercadang untuk menukar nama beliau daripada Nina Grace kepada Nur Nina Farisha.
b243 (1)
Saksikan detik penuh bermakna yang kami sediakan.


No comments:

Post a Comment