Walaupun
ramai warga Eropah dan AS merasa kagum dengan ketokohan Dr. Zakir Naik
dan menghadiri forum-forumnya, tetapi sebaliknya dengan kerajaan mereka.
Beberapa
negara seperti Britain dan Kanada menghalang kemasukan Dr. Zakir Naik.
Malah, Amerika Syarikat secara terang-terangan mengecam Dr Zakir Naik.
Mengapa Barat takut pada Dr. Zakir Naik?
1. Dr. Zakir Naik Menuduh Serangan 9/11 'Kerja Orang Dalam'
Ini
adalah alasan rasmi yang disampaikan oleh kerajaan AS seperti
dilaporkan oleh Washington Post. Kerajaan AS mengecam Dr. Zakir Naik
sewaktu dia mendapat penghargaan dari kerajaan Arab Saudi pada Mac 2015.
“Pandangan Dr. Zakir Naik tentang serangan 9/11 sungguh keji,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri AS, Jen Psaki.
2. Dr. Zakir Naik Menganggap AS Sebagai Pengganas
Dr. Zakir Naik dikecam Washington kerana dengan berani menyatakan bahawa Amerika Syarikat adalah pengganas terbesar dunia.
Selain
itu, dalam beberapa ceramahnya, Dr. Zakir Naik juga menyatakan aksi
keganasan yang dilakukan oleh AS sejak menceroboh Iraq.
3. Dr. Zakir Naik Menyebut George W Bush dan pemimpin AS sebagai Pengganas
Dr. Zakir Naik juga pernah menyebutkan bahawa George W Bush adalah pengganas.
Kenyataan-kenyataan Dr. Zakir Naik sangat ditakuti AS memandangkan populariti dan pengaruh Dr. Zakir Naik yang terus meningkat.
Selain
jutaan orang yang telah mendengar ceramahnya secara langsung, ratusan
juta orang juga telah menonton video-video ceramahnya.
4. Ramai Orang Masuk Islam di Forum Dr Zakir Naik
Alasan
ini tidak pernah disebutkan oleh media Barat sebagaimana 3 alasan
sebelumnya. Namun, perkara ini sebenarnya sangat menakutkan pihak Barat.
Disaat
gereja semakin sepi dan Barat semakin ragu-ragu dengan teologi mereka
sendiri, tiba-tiba Dr. Zakir Naik datang seperti gelombang.
Lebih menggerunkan mereka, ceramah-ceramahnya membongkar kesalahan-kesalahan dan pembohongan dalam ajaran gereja.
Dengan
penjelasan berdasarkan fakta dan mudah difahami, Dr. Zakir Naik dengan
mudah membongkar kepalsuan konsep triniti, menyatakan secara ilmiah
bahawa Yesus bukan tuhan dan sebagainya.
Sangat ramai penganut agama lain memeluk Islam setelah mendengar penjelasan dari Dr. Zakir Naik.
5. Menguatnya Dakwah Islam di Barat
Melalui ceramah-ceramahnya dibeberapa negara Eropah, Dr. Zakir Naik sebenarnya telah menusuk jantung pertahanan terakhir Barat.
Hampir
disetiap ceramahnya dihadiri ribuan orang sehinggakan jumlah audiens
Dr. Zakir Naik telah mencapai jutaan orang yang sebahagian besarnya
hidup di Barat.
Mereka
yang sebelum ini hanya mengetahui Islam dari media barat, kini mula
memahami prinsip-prinsip Islam, Al-Qur'an dan Sunnah yang dijelaskan
oleh Dr. Zakir Naik.
Dengan meluasnya dakwah Islam ini, meskipun tidak semuanya masuk Islam, sudah cukup membimbangkan dunia Barat.
Menurut
Samuel Huntington, pihak Barat sememangnya mensasarkan Islam sebagai
musuh dengan menggunakan media sebagai agen menyebarkan kempen
memburukkan kesucian Islam.
Dan jika warga Barat sendiri memahami Islam dengan baik, perkara itu sangat bahaya bagi hegemoni politik mereka.
6. Dr. Zakir Naik Ditakuti Gereja
Cukup
beralasan jika Barat cukup takut kepada Dr. Zakir Naik kerana gereja
sekalipun tidak mampu membendung gelombang dakwah Islam yang dibawanya.
Salah
satu alasan mengapa acara debat terbuka yang dilakukan Dr. Zakir Naik
tidak sebanyak debat terbuka Ahmad Deedat, kerana pihak gereja sendiri
tidak berani berhadapan dengan Dr. Zakir Naik.
Malah
dikhabarkan bahawa Dr. Zakir Naik telah mengirimkan surat jemputan
untuk berdebat kepada pihak Vatikan, namun tidak mendapat jawapan
sehingga ke hari ini.
7. Pengaruh Dr. Zakir Naik semakin Meluas
Bersamaan dengan derasnya gelombang dakwah Islam, pengaruh Dr. Zakir Naik semakin meluas.
Di
India, Dr. Zakir Naik tersenarai di dalam 100 tokoh paling berpengaruh
serta dinobatkan sebagai salah seorang dari 3 Pemimpin Besar Spiritual
di India yang majoritinya bukan Islam.
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/04/7-sebab-kenapa-dr-zakir-naik-ditakuti.html#ixzz45opXZiNr
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

No comments:
Post a Comment