Sejak kisah pernikahan mereka tersebar, suami Adira AF, Datuk Seri Adnan
Abu, menjelaskan bahawa mereka tidak habis-habis dihentam namun dalam
masa yang sama, dia tidak cepat melatah dengan tohmahan sebegitu.
Baru-baru ini, kecoh pula mengenai pasangan ini bercium di khalayak.
“Bercium ada pelbagai jenis dan tidak semestinya pada mulut saja. Apa
yang berlaku adalah kami berada di belakang pentas di mana isteri saya
mencium tangan sebelum membuat persembahan. Saya beri kucupan di dahi
tanda restu”
Tidak sangka ada yang memerhati dan menambah rasa kepada cerita itu
sehingga menjadi sensasi. Lagipun kami sudah sah sebagai suami isteri
dan halal untuk bersentuhan, namun kami masih lagi tahu batas untuk
tidak keterlaluan depan orang ramai,” jelasnya yang dipetik daripada BH
Plus.
Selain itu, suami Adira ini juga berharap agar masyarakat dapat menerima
jodoh mereka dengan hati yang terbuka dan mendoakan yang terbaik buat
mereka. Semoga kehidupan pasangan ini akan dipermudahkan segala urusan.
JOM BACA LAGI DISINI
No comments:
Post a Comment