SEJAK berita perkahwinan mereka didedahkan sebulan lalu, nama Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terus menjadi perhatian media.
Kontroversi demi kontroversi antaranya, Wawa yang didakwa masih tunangan
orang ketika berkahwin dengan Aeril, kisah dipanggil Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais), isu Wawa buka tudung dan kini Aeril atau nama
sebenarnya Suhairil Sunari, 25, dikait kontroversi apabila dikatakan
bernikah dengan Ummi Nazeera sebelum ini.
Laporan akhbar menyebut, Aeril dan Ummi sedang menyulam kasih, dan
pelakon itu kerap muncul di set penggambaran ‘Penanggal’ dipercayai
bertemu Ummi.
Hubungan terjalin antara Aeril dan Ummi kononnya telah diikat secara sah
apabila sumber mendakwa mereka mengambil keputusan untuk bernikah. Ini
juga dikatakan antara punca penghijrahan Ummi.
Menerusi sebuah laporan, artis wanita itu dikatakan “sangat kecewa” setelah mendapat tahu Aeril menikahi Wawa.
Biarpun telah memberi kenyataan menerusi laman mikro Twitter, bahawa
laporan tersebut adalah fitnah, Aeril tidak keberatan untuk memberi
kenyataan lanjut tatkala dihubungi Zass.
"Sejak semalam (kelmarin) saya dan Wawa hanya ketawa bila pengikut di Twitter tanya kami mengenai kesahihan laporan itu.
"Sehingga saat ini saya rasa nak ketawa kerana saya sendiri tidak pernah
berjumpa Ummi, apatah lagi ke set penggambaran dan menjadi penyebab
Ummi berhijrah.
"Sepatutnya penulis tersebut perlu menghormati perasaan Ummi kerana
berhijrah adalah haknya dan penghijrahan tidak semestinya kerana seorang
manusia. Penghijrahan itu lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang
Islam," katanya yang mengakui pelik apabila namanya masih dijadikan
bahan gosip pada setiap minggu.
Ditanya adakah dia mengenali Ummi atau pernah bertegur sapa sebelum ini,
Aeril berkata : "Saya mengenalinya sebagai seorang pelakon dan saya
akui suka dengan lakonannya.
"Saya pernah lihat lakonannya menerusi trailer Penanggal dan suka dengan
hasil kerja Elly Suriati itu. Tidak salahkan jika saya suka dengan
lakonannya?" ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.
Ummi berang?
Sementara itu, pelakon yang terkenal menerusi drama Nur Kasih, Ummi
Nazeera turut mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter pada hari
sama, kelmarin dan menegaskan tidak berhijrah kerana pelakon lelaki itu.
“Saya tidak berjumpa dengan Aeril secara dekat. Kedua, saya tidak pernah
berkahwin dan tidak pernah mempunyai hubungan dengannya atau keluar
bersamanya. Sila pastikan fakta anda betul," tegasnya.
Ummi juga turut menyifatkan artikel tersebut sebagai tidak menghormati diri dan keluarganya.
Dia yang kini sudah bertudung turut menegaskan tidak perlu menunggu
sebuah perkahwinan atau seseorang lelaki ketika mengambil keputusan
berhijrah seperti dirinya sekarang.
JOM BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment