Tersebarnya sekeping gambar seorang wanita datang peluk bekas kekasihnya
di majlis persandingan lelaki berkenaan bersama isterinya. Rasanya
ramai yang masih belum tahu kisah sebenar disebalik peristiwa berkenaan.
Menurut sumber, peristiwa itu berlaku di daerah Sulawesi Selatan,
Indonesia. Nama pengantin lelaki itu adalah Rais dan majlis
persandingannya dengan isterinya berlangsung pada 17 Oktober 2014 yang
lalu. Kehadiran Risna bekas kekasih Rais pada majlis berkenaan
sebenarnya tidak mengejutkan kerana ia atas jemputan Rais sendiri.
Bagaimanapun tindakan Risna yang tidak dapat menahan rasa sedih dan
rindu terus melangkah ke pelamin dan bersalaman dengan Rais sebelum
memeluk bekas teman lelakinya itu di hadapan khalayak ramai termasuklah
isteri Rais sendiri membuatkan orang ramai tergamam seketika. Berlaku
juga sedikit kekecohan namun ia terkawal. Dalam pada itu ada juga yang
turut menitiskan air mata menyaksikan adegan sayu berkenaan yang berlaku
di depan mata mereka.
Bagi menjernihkan keadaan, keluarga pengantin lelaki tampil memberikan
penjelasan mengenai insiden tersebut. Mereka mengakui Rais dan Risna
sebelum ini pernah menjalinkan ikatan cinta selama tujuh tahun iaitu
semenjak 2005. Namun dek kerana tiada jodoh, Rais akhirnya berkahwin
dengan wanita lain. Puncanya bukan kerana Rais tetapi kerana pihak
keluarga wanita berkenaan.
Menurut sumber info berkenaan, keluarga Rais menjelaskan mereka pernah
menghantar rombongan meminang Risna untuk dijadikan isteri kepada Rais
selepas bertahun-tahun menjalinkan ikatan cinta tetapi pinangan dari
keluarga Rais itu ditolak mentah-mentah oleh keluarga Risna dengan
bermacam-macam alasan. [Sumber asal: ooomedianetwork]
JOM TENGOK VIDEO DISINI
No comments:
Post a Comment