KEGAGALAN
Siti Nurhaliza menangani masalah perniagaan telah menyebabkan Siti
tidak teragak-agak menyalahkan GST dan kejatuhan nilai ringgit. Ini
merupakan sikap yang cukup tidak profesional bagi seorang usahawan
wanita. Alasan dan menunding jari kepada pihak lain tidak akan mampu
memperbaiki dan memajukan sesebuah perniagaan itu.
Siti sepatutnya belajar dari Ketua
Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang
lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida, cara-cara untuk menjalankan
perniagaan. Jatuh bangun Datuk Vida dalam perniagaan tidak pernah
menjadi alasan untuk beliau menyalahkan sesiapa pun.
Perbezaan yang paling ketara antara dua
usahawan ini adalah taraf pendidikan mereka. Semua pihak amat maklum
bahawa Siti Nurhaliza hanya mampu belajar sehingga ke peringkat SPM
sahaja. Bagi Datuk Vida pula, beliau seorang yang amat mementingkan
pendidikan sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran dunia luar dengan
lebih baik.
Ibu Datuk Vida terpaksa menjual sebidang
tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.
Malahan Datuk Vida turut melakukan tiga pekerjaan semasa beliau bergelar
pelajar universiti.
Setelah berjaya menggenggam Sarjana Muda
Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Datuk Vida meneruskan
pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh. Banyak perbezaan diantara
usahawan yang berilmu dan tidak berilmu.
Selain daripada itu juga, keberanian
untuk berbeza dan tidak menjadi usahawan biasa-biasa dilihat turut
menyumbang kepada kejayaan luarbiasa Datuk Vida. Dengan usaha yang
gigih, istiqamah yang tinggi dan memohon kepada Allah tanpa henti turut
menjadi pencetus kejayaan beliau.
Memetik sumber awani,
Siti Nurhaliza mengecam GST sebagai antara punca prestasi buruk
Simplysiti. Beliau menganggap GST punca barang-barang mengalami kenaikan
harga.
“Kami terkesan dengan kejatuhan ringgit
kerana kami terlibat dalam pengimportan bahan-bahan dari luar negara
khususnya Korea. Benar, jika dilihat pada transaksi SimplySiti,
jualannya mencecah angka jutaan ringgit setahun. Namun, kami juga
menghabiskan puluhan ribu ringgit sebulan untuk melunaskan tuntutan GST.
BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment