#Meskipun baru sahaja melahirkan bayi sulungnya lebih dua
bulan lalu, pelakon Lisa Surihani akui suaminya, Yusry Abdul Halim sudah
mula memberi ‘hint’ hendak melihat isterinya punya bentuk badan seperti
sebelum hamil.
#Lisa Surihani memberitahu ‘hint’ itu diberikan kepadanya
ketika mereka sama-sama menonton prebiu filem Sinaran yang berlangsung
di Singapura minggu lalu.
#“Di dalam filem Sinaran adalah saya yang punya berat
kurang 10 kilogram daripada sekarang. Yelah selepas melahirkan Yahaira
ni, berat badan saya masih belum kembali seperti asal.
#“Lagipun, ketika penggambaran filem Sinaran tahun lalu
saya akui ketika itu latihan untuk tarian dan muzikal sangat intensif
dan ianya membuatkan saya lebih kurus.
#“Jadi masa Yusry menontonnya baru-baru ini, dia lihat saya
dalam Sinaran dan berkata ‘wow sayang you dalam ni…’ Saya dengar sahaja
saya dah faham.
#“Saya kata tak apa, beri saya masa. Saya akan kembali
kepada 10 kg dahulu. Saya memang dalam proses untuk turunkan berat badan
lagi dan saya harap boleh kembali ke seperti dulu mulai tahun hadapan,”
katanya kepada media selepas tayangan prebiu filem Sinaran di GSC
Pavilion, kemarin.
#Lisa dan Yusry menimang cahaya mata pada 16 September lalu dan puteri sulungnya itu diberi nama Yahaira Leanne.
#Dalam usaha menurunkan berat badan, Lisa memberitahu dia
kini mengikuti program kesihatan PurelyB dan bakal menjalani latihan
Body Tone.
foto sebelum badan Lisa kembali kurus
#Sementara itu, Lisa memberitahu dia bakal kembali aktif dalam bidang seni mulai awal tahun hadapan.
#Filem muzikan Sinaran arahan Osman Ali akan ditayangkan di
pawagam bermula 26 November ini menggandingkan Lisa dan pelakon
Indonesia terkenal Evan Sanders.
#Sinaran turut dibintangi Izara Aisyah, Syarif Sleeq dan
Nadiah M Din. Ia mengisahkan sekumpulan pelajar kolej yang berazam
menjuarai pertandingan tarian berkumpulan namun dikhianati rakan baik
sendiri - Murai.
foto selepas badan Lisa kembali kurus
No comments:
Post a Comment