Inilah Kisah Sebenar Video Bapa Menyimbah Air dan Halau Anak-Anaknya
'Jangan terlalu cepat untuk kita menyalahkan sebelah pihak sekiranya
kita tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Saya berjiran dengan
lelaki tersebut dan kenalan rapat dengannya. Beberapa bulan sebelum
kejadian..'
Sebuah rakaman video yang memaparkan kekecohan melibatkan seorang bapa
menyimbah air bagi menghalau anak-anaknya kini hangat dan viral
diperkatakan di laman sosial.
Difahamkan dari sumber kami, anak gadisnya yang sedang belajar di Mesir
pulang bercuti di tanahair dan kerinduan terhadap bapanya telah membuat
dia tergerak hati untuk datang bertemu di rumahnya yang turut didiami
oleh isteri baru bapanya itu.
Katanya, sebab untuk menjadi wali itu adalah perkara kedua ekoran dia boleh menggunakan khidmat wali hakim.
Ia adalah sedikit bercanggah dengan cerita yang digembar-gemburkan
sebelum ini yang mendakwa mereka datang semata-mata untuk merayu bapanya
untuk menjadi wali perkahwinan.
Kejadian tersebut sebenarnya berlaku di Alor Setar dan bukan di Perlis
sebagaimana yang disangka atau dilapor sesetengah media sebelum ini.
Walau bagaimapun, sumber kami positif mengatakan bapa kepada empat anak
yang terpisah itu telah menjadi mangsa ilmu hitam, namun kami tidak
dapat mengesahkan sesuatu yang sangat sukar untuk dibuktikan itu.
“Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir.
Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si
bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda.
“Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang
meruntuhkan pertalian darah daging,” kata individu yang memuatnaik video
berkenaan yang dipercayai merupakan bapa saudara kepada empat beradik
malang itu.
Sementara itu tampil seorang lagi individu yang mendakwa kejadian itu
berlaku kepada saudaranya sendiri dan mendakwa guru itu telah berubah
sejak berkahwin dengan janda berkenaan sehingga melupakan tanggungjawab
sebagai ayah dan mengabaikan ibu kandung mereka.
Sumber menghubungi kami bagi menjelaskan cerita sebenar di sebalik
insiden tersebut yang telah menghasilkan banyak spekulasi liar yang
tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, sumber kami turut menjelaskan bahawa mereka sedikit pun
tidak menyalahkan bapa mereka atas sebarang tindakan yang dilakukan
olehnya memandangkan dia “sakit”, terkena “buatan orang”.
Diharapkan agar penjelasan kisah sebenar ini dapat memberikan pencerahan
sewajarnya tentang apa yang berlaku dan hangat diperkatakan.
Video itu sehingga kini giat dikongsikan netizen dan menimbulkan
persoalan tentang cerita sebenar yang berlaku melibatkan keluarga
terbabit. –Kedahnews.com
No comments:
Post a Comment