Sejak budaya hipster menjadi trend di kalangan masyarakat kita
kebelakangan ini, banyak elemen-elemen yang bajet ranggi diperkenalkan
di dalam kehidupan seharian kita dari aspek pemakanan hinggalah kepada
pakaian.
Pengaruh budaya hipster ini juga dilihat tidak berhenti di situ sahaja,
di mana, aspek ibadat dalam agama Islam turut sedikit sebanyak
terpengaruh dengan budaya hipster ini.
Menjadi trending di kalangan kaum muslimat untuk mengenakan telekung
yang bercorak dan berwarna-warni yang diperbuat daripada fabrik pelbagai
jenis untuk diperagakan di ruang-ruang solat samada di masjid atau pun
di surau-surau sejak kebelakangan ini.
Mungkin kerana sudah berasa bosan dengan telekung bercorak dan berwarna
putih yang telah menjadi pakaian ibadah rasmi untuk sekian lamanya, kaum
wanita dilihat ingin nampak kelainan dan ranggi semasa mengerjakan
ibadah.
Mengenai hal ini, ikuti ulasan ustaz Azhar Idrus mengenai hukum bagi
wanita yang mengenakan telekung yang berwarna-warni ini semasa
mengerjakan ibadah di tempat-tempat awam.
JOM TENGOK VIDEO USTAZ AZHAR TENTANG PENJELASAN PERKARA INI DISINI
No comments:
Post a Comment