eza apabila menantu wanita tggal bersama mertua & menantu lelaki tinggal bersama mertua
1. walaupun tinggal sebumbung, kebanyakan suami lebih kurang 
berinteraksi dgn mertua kerana mereka keluar bekerja dan hanya berjumpa 
waktu malam sahaja.. (Borak ngan wife pun kurang,apatah lg ngan mertua 
ye dak.) this is good actually sbb boleh mengelakkan "drama" tidak 
berbayar..
2. Menantu perempuan lebih2 lagi yg fully housewife sebaliknya lebih 
kerap berinteraksi dengan mertua mereka.. Dari sudut baik,ia mampu lebih
 merapatkan hubungan menantu-mertua dan dari sudut negatifnya,biasalah 
menantu boleh bau busuk mertua dan mertua boleh hidu hapak si menantu.. 
So walau x banyak,pasti akn ada drama..(noted that perempuan 
(menantu&mertua) akan fikir benda2 mcm ni lama berbeza dgn lelaki yg
 prefer utk x amik pusing.jgn tny knapa prmpuan mcm tu,dh mmg Allah buat
 dia lebih sensitif gitu.cuma rasional or x je yg menentukan tindakan 
mereka.)
3. Menantu perempuan,wpun mereka keluar bekerja,mereka masih perlu 
memenuhi 'expectation' masyarakat (ibu mertua juga sebahagian dari 
masyarakat) untuk melakukan kerja2 rumah. Tidak dinafikan bahawa ada 
ketikanya menantu wanita gagal memenuhi expectation ini which is in 
return boleh menjadi punca ketidakpuasan hati dari pihak keluarga 
mahupun mertua itu sendiri. (Cubalah suruh husband wat kerja umah skali 
skala,msti mak mertua akn ingt part tu..part ko wat krja byk2,akan 
berlalu seperti angin lalu jek.. X semua mertua la tapinya.)
4. Menantu lelaki yg tggal bersama mertua x perlu pening fikir soal 
aurat dan keselesaan diri.. Xnak berbaju,nak pakai short,nak terbongkang
 depan tv,kuar toilet nak pakai towel sahaja,ikut hangpa laa..now,cuba 
letakkan menantu perempuan,soal aurat perlu dijaga kalau x sama2 lah 
keneraka nanti ye(nauzubillah..)..tak dinafikan ade menantu perempuan 
gagal jaga bab ni.yeala, kalau dah ade ipar duai kat rumah tinggal 
sekali,haa,bertutup litup lah hai hatta dalam umah sendiri..baju lengan 
panjang,tudung ttup dada..kalau xde ipar yg tggal skali ok la,tp klu ade
 yang tinggal bersama sebulan dua,setaun dua tu,x ke kesian kat wife 
hang..hang duk terkangkang xpe,wife kena jaga itu ini sedangkan 
sepatutnya si isteri itu yg lebih memerlukan tempat yg lebih bebas 
setelah bertutup litup di luar rumah.n cuba la menantu perempuan 
terbongkang depan tv,paling baik pun akan dicop sebagai x senonoh. 
Mungkin ada mertua yg x kisah dengan perlakuan seperti ini, tapi agak2 
selesa ke seorg isteri nak baring berehat teman anak main sedangkan 
mereka tau itu adalah tempat tumpuan or laluan bapa mertua mereka/ ipar 
duai mereka. I xtau org lain,but for me perasaan dia macam diratah.. 
Huhuhu..
5. Bila dah berkahwin,lelaki,please expect perempuan utk memiliki banyak
 barang2 personal mereka.handbags,boxes of shoes,baju,tudung..nak tau 
ape yg berlaku bila tinggal bersama mertua mereka? Mereka akan selagi 
boleh letak dan simpan semua barang2 ni dalam bilik yg mereka dduk 
sahaja.bukan barang dorg jek,barang sang suami pun mereka akan cari 
ruang untuk simpan dalam bilik mereka.jadi jangan pening pulak ye bila 
tengok bilik penuh sepenuh2 nya..bukan apa,kebanyakan wanita normal 
memang x selesa nak simpan dekat bilik2 lain yang ada di rumah mertua 
mereka. Bagi lelaki yg tggal bersama mertua pulak, kerana mereka ni 
makhluk yg simple,jadi pemikiran mereka jugak lebih 
simple,"nah,ayang,tolong simpankan beg/baju/kasut/songkok abg ni."simple
 kan,suh je bini yg simpankan..jadi wanita ni asbab tinggal di rumah 
parents sendiri,mereka lebih arif tentang ruang penyimpanan yg kondusif 
dan selamat.kadang2 baju dorg pun dorg akan tumpang letak dlm closet 
mak/bapak/akak/abg/adik mereka..
Inilah antara bezanya situasi menantu perempuan tinggal bersama mertua 
& menantu lelaki tinggal bersama mertua.kerana itu kalau dilihat 
pada page2 yg berkaitan rumah tangga,lebih ramai wanita yg mengadu 
tentang masalah dengan mertua.lelaki jugak ade but saaaaangat kurang. 
Jadi, kalau mahukan rumahtangga yg harmoni,lebih baik elakkan 
drama..apa,nampak ok? Haih bang,xkan nak tunggu drama tu berlaku..once 
it happened,ingat senang ke nak baikkan semula..ingatlah,menantu itu org
 yg berpuluh tahun hdup dimanjakan ibu ayah mereka tapi sanggup 
tinggalkan parents demi menjaga dan menemani anak lelaki kita.dan 
menantu,ingatlah mertua itu yg melahirkan dan mmbesarkan suami kita tup 
tup kena tanggung kita.
mertua: anda pernah jadi menantu
Menantu: anda bakal jadi mertua
Lastly,tak semua mertua itu zalim,dan x semua menantu itu hantu.
mertua: anda pernah jadi menantu
Menantu: anda bakal jadi mertua
Lastly,tak semua mertua itu zalim,dan x semua menantu itu hantu.

 
No comments:
Post a Comment