Suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda
diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak
mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan
pendengaran.
Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di
mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun. Itu bukanlah suatu yang
menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu
terdedah kepada masyarakat awam.
Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang
mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang
menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.
Lihat sendiri hasilnya setelah bertahun-tahun mengorek telinga dengan cara yang salah.
JOM TENGOK VIDEO DISINI
No comments:
Post a Comment