Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata,
tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu adalah satu kesalahan
meskipun niat mereka mahu mengusir pemandu lain dari lorong kecemasan.
Terdahulu, viral di media sosial video sekumpulan penunggang motosikal
yang menendang 'side mirror' kenderaan yang menyalahgunakan lorong
kecemasan sebagai pengajaran.
Mohd Nadzri berkata, penunggang motosikal terbabit bukan sahaja
melakukan satu kesalahan, tetapi dua kesalahan kerana turut
menyalahgunakan lorong kecemasan.
"Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan sekumpulan
penunggang motosikal terbabit yang dianggap tidak bertamadun dan tidak
sedar akan kesalahan diri mereka yang turut menyalahgunakan lorong
berkenaan.
"Berlagak nak tunjuk pandai, tetapi sebenarnya bodoh. Nampak sangat masa
di akademi belajar memandu tak dengar apa yang guru ajar di depan
bahawa semua kenderaan persendirian tidak boleh menggunakan lorong
kecemasan." kata netizen. - PIXEL MEDIA

No comments:
Post a Comment