Seorang wanita memuat naik status yang kami anggap agak 'meloyakan'
kerana wanita itu bangga dengan perbuatannya yang telah meruntuhkan
rumahtangga wanita lain.
"Sedihnya Abang Aswad balik KB sudah. Rasa bahagia sangat selama seminggu menghabiskan masa dengan dia.
"Sekarang dia sudah menjadi milik aku sepenuhnya sebab dia dah ceraikan isteri dia dengan talak satu.
"Akhirnya aku menang. Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik," katanya pada status yang dimuat naik pada 10 Mac 2015 lalu.
Caption gambar yang dimuat naik oleh Que itu mengundang kritikan orang
ramai yang mengelarnya perampas suami orang. Que pada hari yang sama
juga turut memuat naik status yang lain;
"Salahkah
aku mencintai suami orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia
demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku," katanya.
Perkahwinan bekas isteri, Siti dan lelaki yang bernama Aswad itu telah
terjalin selama 13 tahun dikurniakan seorang anak perempuan, hancur
begitu sahaja kerana kehadiran orang ketiga.
Siti, hanya mampu membiarkan bekas suaminya berlalu pergi.
"Aku
tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap
mencintai macam dulu seperti 13 tahun yang lalu. Pada kamu Sikin, aku
tak berdendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan kamu
dapat berfikir,"
Entah apa yang dibanggakan sangat dapat suami orang. Alangkah ruginya si
suami meninggalkan bekas isterinya yang ternyata lebih baik dari yang
kedua ini
No comments:
Post a Comment