Sepasukan pengkaji yang diketuai oleh jurutera marin, Brennan Phillips
membuat penemuan menakjubkan apabila berjaya mengesan beberapa jerung
yang hidup dalam gunung berapi.
Dengan melabuhkan kamera ke dalam kawah gunung berapi itu, pasukan
pengkaji terbabit menemui dua spesis jerung dan juga ikan pari,
obor-obor dan juga beberapa spesis kecil hidupan laut.
Dikenali sebagai Kavachi, gunung berapi ini terletak di kepulauan
Solomon dan merupakan salah satu gunung berapi di Barat Daya Lautan
Pasifik.
Amat mengejutkan apabila Brennan dan pasukannya hanya berani untuk
menurunkan kamera dalam tempoh sejam sahaja kerana suhu air yang
mencecah 426 Celcius dan Ph yang sangat rendah.
Kebanyakan haiwan hidup yang tinggal di situ juga dipercayai mampu
bertahan dalam suhu dan keasidan yang tinggi dan berkemungkinan akan
musnah bila-bila masa sahaja.
Brennan berkata, penemuan itu juga mengubah sama sekali hasil kajian
terdahulu dan memerlukan mereka untuk menjalankan kajian dengan lebih
lanjut.
Kini beliau berharap dapat menemui jawapan sama ada jerung berkenaan
akan dapat melepaskan diri sekiranya gunung berapi itu meletus atau
sebaliknya.
“Kita tidak tahu apa agi yang akan kita temui selepas ini terutamanya
apabila kajian membabitkan laut dalam. Semakin dalam kita pergi, maka
semakin banyak penemuan baru ditemui,” katanya memetik laporan
Dailystar.
JOM TENGOK VIDEO DISINI
No comments:
Post a Comment