Friday, 10 June 2016

AKHIRNYA TERBONGKAR!! SEPAHTU Orang Yang Memulakan Cia!...Cia!...Cia!, Yang Menjadi Ikutan Masyarakat Ketika Ini. Tapi Ramai Yang Tak Tau amende cia..cia..cia tu. Ha! Lepas Jepp Bersuara Baru Faham.



#Mereka terpinga-pinga apakah itu cia cia cia yang sering ditulis di status atau komen di media sosial. Ada juga bertanya sama sendiri dan masih tidak tahu akan jawapannya.


#Petikan dari media sosial

#Pastinya tidak in jika tak tahu whats going on di dalam masyarakat muda kita hari ini. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya memerhati dan melihat trend ini. Dan sempat juga saya bertanya kepada mereka yang sering menulis cia cia cia itu.

#Cia cia cia, chia chia chia atau shia shia shia biasanya ditulis selepas ayat yang mempunyai unsur memikat (aka pick up line) hati wanita.



#Trend ini bermula selepas rancangan Sepahtu Reunion bersiaran di stesen televisyen hujung akhir tahun lepas. Dan ia diakui oleh mereka yang mengamalkan perkataan tersebut. Mereka meminta saya menonton Sepah Reunion kerana disitu bersepah perkataan tersebut digunakan.

#inilah antara petikan dari rancangan Sepahtu Reunion: Asal usul trend ‘cia cia cia’

#Nampaknya cia cia cia itu adalah gelak ketawa geng Sepahtu Reunion selepas mengayat ayat-ayat manis buat artis undangan mereka.


#Mungkin akan ada orang mempertikaikan bahawa idea asal ‘cia cia cia’ adalah dari Opera Van Java seperti mana yang dikomen oleh beberapa netizen media sosial. Tapi hakikatnya, kerana Sepahtu Reunion lah bermulanya trend ‘cia cia cia’ di Malaysia. KREDIT THEVOCKET.

Sumber: infogosipkini

No comments:

Post a Comment