Biarpun ini bukan sesuatu yang baru, namun sejak kebelakangan ini memang
ramai adik beradik yang menjadi artis dan berjaya mencatat nama sebagai
selebriti popular di Malaysia. Antaranya:
Pierre Andre & Mikail Andre – Adik-beradik ini merupakan anak kepada
pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom “Pi
Pi Mai Tang Tu”. Pierre Andre yang mula-mula sekali menceburi bidang
lakonan menerusi filem “Potret Mistik” pada tahun 2005. Bermula sebagai
seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah. Jejak
langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun.
Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.
No comments:
Post a Comment