Saya sudah berkahwin 3 tahun. Suami saya seorang yang kedekut dengan
duit belanja. Kadang-kadang saya minta duit belanja dapur, dia cuma bagi
RM50 sahaja.
RM50 itulah buat belanja beli barang dapur dan beli lauk. Pening juga nak kena bahagikan. Kadang-kadang saya segan sebab asyik nak meminta. Nanti jawapan dia,
"Aiikk? Kan dah bagi masa tu, dah habis ke?"
Saya malas nak cakap banyak, terus masuk bilik.
Zaman macam sekarang ini, RM50 dapat beli apa saja? Beras, sabun
lagi, belum bawang, lada bagai. Saya kalau sudah geram sangat, saya
ambil duit dia dalam dompet tanpa pengetahuan dia.
Satu hari itu, terkantoi, padahal saya cuma ambil RM10 sahaja. Tetapi
suami mengamuk bagai pa, siap nak ceraikan saya sebab saya curi duit
dia.
Persoalannya, apa yang harus saya buat dengan suami yang kedekut ini?
Berdosa tak kalau saya terus mengambil duit dia tanpa pengetahuan dia?
Saya tiada pilihan.

No comments:
Post a Comment