Setelah adanya penggabungan/pemisahan dan
juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali
umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di
sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat
sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada.
1. Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20
2. Austria - Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian
), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari
ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania
dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang
Dunia Yang Pertama .
3. Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966
4. Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India.
5. Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun
banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih
mengenalinya sebagai Burma.
6. Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah
mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah
di negara tersebut.
7. Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972
8. Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan
sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.
9. Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan
juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini ,
ia termasuk dalam negara Perancis.
10. Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.
11. Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman.
12. Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.
13. Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari
ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran
Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar
dari penyatuan.
14. Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak
pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah
merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United
States Of America pada 1898.
15. New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini
mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara
ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States
Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya
Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)
16. Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara (
Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali
sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman) sebelum kembali bersatu pada
1990 dan kembali menjadi Yaman.
17. Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi
kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika
Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.
18. Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil
India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin
mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini.
19. Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan
pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3
negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada
Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu.
20. Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe.
21. Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.
22. Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.
23. Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu.
24. Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.
25. Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam
tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan
sebagai negara merdeka. Taiwan adalah ibu negara yang pernah mewakili
China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.
26. Tanganyika dan Zanzibar
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
27. Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan
kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United
States pada tahun 1845.
28. Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah
oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi
China yang dikenali sebagai Xi Zang.
29. Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946.
30. USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia,
Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia,
Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan
Uzbekistan.
31. Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun
iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia.
32. Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah
negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United
States selepas penyatuan 13 koloni awal.
33. West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan
Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90
hari.
34. Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.
35. Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara
Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.
36. Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.
Rujukan Asal: Fuh.my
No comments:
Post a Comment