Review Trip Adik Beradik (TAB) - Christchurch, New Zealand. 4 perempuan. November 2015.
Mula-mula, ingat nak diamkan diri sebab ingat kami saja yang rasa kurang
berpuas hati dengan TAB. Rupa-rupanya ramai yang turut melalui
pengalaman seperti kami. Jadi, keputusan telah dibuat untuk membuat
review tentang TAB, agar orang ramai tahu perkara sebenar.
1. Pengurusan trip agak kelaut
Bila kita emel, maklumkan yang kita sudah buat full payment, TAB
langsung tidak reply apa-apa. Apatah lagi diberi inbois. Bila WhatsApp
personal pemilik TAB, Shaiful, hanya 'Noted' yang dibalas. Bila minta
inbois, masih juga tidak dibalas. Sampai ke sudah kami tidak mendapat
bukti pembayaran atau yang sewaktu dengannya.
Beberapa minggu sebelum trip, dia ada WhatsApp di group.
"Dah e-mail semua orang detail pasal trip,"
Tetapi ramai yang kata tak dapat termasuklah kami berempat.
Seorang-seorang bagi alamat emel pada dia, barulah dia emel. Takkan dia
tak simpan list peserta dan emel kami? At least bagi pada wakil group
pun jadilah. Ini ramai yang tertinggal, kenapa tak pastikan dah emel
pada semua orang?
2. Banyak maklumat yang tidak diberitahu secara terbuka kepada umum
Pertama, caj tersembunyi. Minyak caravan sepanjang trip kena bayar
sendiri. Seorang dalam RM200. Breakfast dan dinner yang konon-kononnya
mereka masak, groceries RM100. Visa RM60. Sampai CHCH awal sehari dan
nak hotel? RM160 seorang semalam. Segala jenis tiket masuk atau aktiviti
nak buat apa di sana, kena tambah duit lagi.
Bungee jumping NZ$195. Zipride NZ$50. Shotover Jet NZ$135. Helicopter
Ride NZ$160. Milford Sound Cruise NZ$70. Cadbury World Factory Tour
NZ$20.
Itu antara aktiviti yang kami kena bayar sendiri. Buat lagi banyak aktiviti, maka banyak lagi kena bawa duit.
Kedua, TAB sediakan caravan sahaja tanpa pemandu. Kena pandu sendiri.
Tak pandai pandu kereta gedabak? Pergi cari kawan yang pandai. Apa?! Ini
holiday, takkan kami kena pandu jauh-jauh dan lama semasa holiday?
Well, nasiblah.
Ketiga, lelaki perempuan dicampur dalam satu caravan. Kami terpaksa
bercampur dengan dua lelaki sekawan ini. Yang ini, kami mula-mula
bising. Nak tidur, tukar baju semua dalam itu, macam mana? TAB berikan
alasan berikut:
"Kena campur lelaki sebab nak dijadikan driver," katanya.
Memandangkan kami berempat tidak berani memandu caravan, maka terpaksa
akur sahaja. Alhamdulillah, dua lelaki ini orang yang baik dan memahami.
Mereka juga turut membenarkan kami membuat keputusan untuk tidur di
mana dan mereka tidur di mana. Bila kami tutup tirai antara kerusi
penumpang dengan bahagian belakang, mereka akan tunggu kami dah siap
semua barulah mereka masuk. Tetapi kalau dibuatnya dapat lelaki jenis
pecah rumah ke apa dan sesuatu yang tidak diingini berlaku, siapa nak
bertanggungjawab?
Keempat, bergerak sendiri-sendiri, bukannya berkonvoi. Kalau sesat,
kemalangan, tayar pancit, pandai-pandailah selesaikan sendiri masalah
semua itu. Sepatutnya Shaiful letaklah satu kru depan sekali, satu lagi
kru di belakang sekali bagi memastikan tiada sesiapa yang tertinggal.
3. Tak bagi pelanggan book hotel sendiri sebab nak untung RM40
Shaiful kata, siapa yang sampai awal sehari dan nak hotel, dia boleh
tolong uruskan. Esok pagi dari hotel akan gerak sama-sama ke depot
caravan. Dia caj RM160 seorang.
Kami sampai pada jam 12.30 pagi, nak tidur 6 jam sahaja. Esok jam 9 pagi
dah kena gerak. Rasa macam RM160 tak berbaloi. Kami tanya hotel itu di
mana, kami nak cari dan book sendiri hotel berdekatan. Sebenarnya ramai
yang tanya, tetapi bermacam-macam alasan yang dia berikan untuk tidak
beritahu kami.
Belum book la, belum decide la, sebab malas nak susah-susah. Kami
terpaksa ambil keputusan untuk bayar RM160 itu. But later I found out
from other trip he's been using the same hotel. I've checked, bilik itu
normally around RM120 per person. Jadi RM40 seorang itu, upah book ke
apa?
4.Tidak seperti yang dijanjikan.
"Tak perlu risau tentang kamera. Ada photographer," katanya.
Jangankan photographer, kamera pun mereka tak ada.
"Breakfast dan dinner kami masak. Korang cari makan tengah hari sahaja atau beli bahan mentah dan masak," katanya.
Ini yang paling kelakar. On most night, makanan habis sebelum sempat
kami ambil. Terpaksa masak maggi. Mujur bawa juga. Takkan tak bajet
betul-betul masak banyak mana bagi cukup semua orang? Kata dah 5 tahu
pengalaman, patut dah pandai bajet portion makanan.
Breakfast? Setiap caravan kena masak sendiri dan buat ala-ala pot luck.
Satu hari itu, dia bagi tepung kosong bodoh. Kena buat cucur. Ikut suka
hati nak letak isi apa. Guna bahan sendiri yang dibeli. Kalau ikut
perasaan, rasa nak campur sir saja dan humban semua sekali dalam minyak.
Lantaklah jadi apa. Jadi apa maksud dia sediakan breakfast dan dinner
serta kena bayar sendiri untuk beli groceries lagi kalau hampir
sepanjang percutian ini kami kena masak sendiri dengan menggunakan
barang kami sendiri?
"Dalam caravan ada heater,"
First day ambil caravan, Shaiful kata "Heater dalam caravan dah habis.
Tapi tak apa, korang pergi beli heater portable, nanti claim dari saya,"
katanya.
Oh hello? Kami semua pertama kali jejak kaki di New Zealand. Tahu pula
mana nak pergi cari barang itu? Kenapa tak suruh kru dia sendiri yang
pergi cari dan beli?
First night di camp site, suhu turun bawah 0'C. Sejuk ya rabbi, baju dah
berlapis-lapis, stokin berlapis-lapis, selimut dan duvet. Tetapi sejuk
sampai ke tulang, menggigil-gigil! Rasa macam boleh kena hypothermia.
Second night masih tak ada heater. Saya demam dan tak boleh bernafas.
Buat suasana panik sebentar dalam caravan (Sorry girls!). Makan ubat
selsema nak bagi tidur. Third night baru dapat heater.
"Harga termasuk tour guide,"
What tour guide? There was no one guiding us the whole trip. Yang hanya
diberikan adalah koordinat campsite seterusnya. Jadi, pandai-pandailah
gerak sendiri, sendiri decide nak pergi mana, nak buat apa, stop di
mana, singgah di mana, nak stop berapa lama. Langsung tiada input dari
kru. Tempat ini apa sejarahnya, apa-apa fun fact certain-certain tempat
ke.
Bila kita tanya, "Tak singgah ke tempat A ini?" sebab dalam website kata
kita singgah situ. Shaiful beri koordinat tempat itu dan cakap "Choose
wisely. Tempat itu jauh, kena be at campsite by 8,"
Mana pergi itinerary? Kenapa dia tak decide nak pergi mana, peserta ikut saja. Bukan ke itu maksud guided tour?
5. First day, perjalanan jauh, makanan mentah & tiada kata maaf dan pemilik TAB
First day, breakfast tak disediakan dan tiada seorang pun yang
memberitahu kami bahawa perjalanan jauh dan akan sampai ke campsite pada
waktu malam. Tiada RnR di tepi jalan, tiada kedai-kedai makan.
Sepatutnya dia maklumkan kepada kami sebelum mula perjalanan agar kami
boleh pergi beli makanan terlebih dahulu. Tetapi tidak, kami berlapar
sepanjang perjalanan (dengan dinner pada malam sebelumnya pun tak makan
sebab dalam flight, sampai jam 12.30 pagi). Nasib baik semasa beli
groceries, kami ada beli roti dan kek serta buah-buahan. Jadi, dapatlah
makan sikit-sikit.
Sampai di camp site, sejuknya ya rabbi. Lapar gila. Pergi dining hall,
mereka kata kenab awa pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu sendiri. Kena
patah balik ambil itu semua. Masuk balik hall, tengok mereka sedang
hidangkan nasi dengan kari ayam panas. Peh! Layan gila. Semangat nak
ambil satu mangkuk ayam kari untuk kami berenam.
Baru cucuk isi ayam, darah keluar. (Nasib baik cuaca sejuk, ayam pun
takut nak lari keluar dari kari panas). Mentah, masing-masing tengok
each other. Semua angkat balik kari ayam, letak balik dalam kuali. Kena
pergi masak sekali lagi?
Shaiful? Dia berdiri di situ dan cakap, "Ini rezeki kita hari ini, chef dah cuba masak yang terbaik,"
Sekali pun kami tak mendengar perkataan maaf dari mulut Shaiful. Entahlah, mungkin dia ada sebut tetapi kami tak dengar.
Penat, lapar, sejuk dan sabar. Kami makan nasi dengan sup sayur sebab
dah lapar gila babang. Setengah orang tunggu, batch kedua kari ayam,
kami berempat balik ke caravan.
6. Keselamatan dan kesejahteraan peserta kurang diambil berat
Kalau sakit, pandai-pandailah rawat sendiri. Ada caravan yang tergesek
kereta lain semasa parking. Bila diberitahu dalam WhatsApp, Shaiful
reply,
"Kalau tak ada orang nampak, gerak saja," katanya.
Dari Queenstown, kami the last one gerak. Tengah-tengah jalan, tayar
pancit. Masa itu dah petang, langit dah mula nak gelap. Kiri kanan bukit
bukau, kambing lembu. Depan belakang jalan lurus. Langsung tiada
bangunan. Suhu mula menurun, heater masih belum ada. WhatsApp dalam
group, Shafiul kata,
"Don't worry guys, we won't leave you behind,"
Tapi memang dah kena tinggal pun. One of the crew kata, "nanti malam ini
kami datang caravan kutip duit untuk naik curise esok k,".
Sabar, kami call roadside assistant, tunggu orang itu datang sambil
kesejukan. Then pakcik ini sampai, bawa keluar tayar ganti. Tayar ganti
pun pancit juga. Caravan ini tidak diselenggara ke?
Pakcik itu bawa tayar ganti ke bandar untuk isikan angin. Datang balik
dan tukar. Dia cakap, next town kena tukar tayar original. Tayar ganti
tak reliable, takut tak boleh tampung perjalanan jauh.
Jadi kami pun sambung perjalanan. Sampai camp site, jam 1 atau 2 pagi.
Most of us dah selamat tidur. Tak makan, tak mandi apa semua. Tidur saja
sebab sudah kepenatan sangat. Mujur pemandu dan assistantnya tabah.
Esoknya semua caravan kena bergerak awal pagi buta. Kononnya nak tengok
sunrise. Kami masih tak bangun, pemandu yang tabah sekali lagi memandu
sambil kami tidur di belakang.
7. Seperti hari yang lain, di hari terakhir, peserta terpaksa uruskan sendiri
Pada hari terakhir, kami kena gerak dari campsite terus ke caravan depot
untuk drop off. Sampai saja depot, seorang kru pun tak ada. Semua
urusan serahkan caravan dibuat oleh peserta sendiri. Bila dah selesai
semua itu, barulah Shaiful datang ke depot naik kereta sambil
tersengih-sengih. To me, that's very unprofessional.
Oh, speaking about professional, kami agak kurang gemar bila dia
memburuk-burukkan sesuatu tempat. Kami pernah mentioned beberapa tempat
di New Zealand yang tiada dalam itinerary. Dia suka say things like
'rubbish', 'is sucks' dan seangkatannya.
Okay, you're supposedly a tour guid in New Zealand. Sepatutnya
menggahkan lagi agar orang berminat nak datang. Bukannya
memburuk-burukkannya. The funny thins is, tempat 'rubbish' itu pun dia
buat tour ke situ juga. Jadi, kalau kau sendiri rasa rubbish, patut ke
orang ikut tour kau?
8. Perkhidmatan memang murah tetapi kualiti? Amat mengecewakan
Orang cakap TAB ini murah. Well, harga tour RM1,790, apa yang kami
nampak adalah TAB buat book caravan dan book camp site, Yang lain? Kita
buat dan bayar sendiri. Kami cuba buat kiraan kasar sewaan caravan dan
camp site. Sewa caravan 6 hari RM650 seorang. Total Camp site rental
(ini saya semak satu-satu setiap camp site yang kami sewa) RM285
seorang. Jadi, totalnya adalah RM935.
Nampak macam senang-senang dapat RM800 seorang. Satu trip dalam 40
orang. Satu bulan itu sahaja, dia ada 4 trip. Pandai-pandailah sendiri
kira dia kaut untung berapa.
Masa tulis ini, sambil-sambil itu terfikir, apa faedahnya guna
perkhidmatan TAB untuk percutian kita? Malangnya tiada satu pun faedah
yang terlintas di minda. Setiap kali fikir tentang New Zealand, mesti
akan terasa sedikit emo. Penat-penat kumpul duit, bergaduh habis dengan
boss dan manager minta cuti panjang, bila pergi ini yang kami dapat?
Macam mana tak kecewa?
Well, tak mengapalah, benda pun dah berlaku. Kami tulis review ini pun
agar semua orang tahu realitinya dan bersedia jika mahu menggunakan
perkhidmatan TAB ini untuk percutian anda.
Buat Trip Adik Beradik, pleaselah ubah sikap. Bila customer tanya,
jangan jawab sarcastic atau biadab. Bersikap profesional dan dengar apa
yang pelanggan katakan. Jaga pelanggan betul-betul. You depends quite
heavily on words of mouth and customers review. Bila tak jaga customer
betul-betul, inilah jadinya. - Syahirah Mohammad | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment