Malah melalui empat cara tidur berikut ia terbukti membantu wanita kelihatan lebih cantik dan segar.
1. Posisi terbaik
Posisi tidur terbaik adalah berbaring dengan wajah menghadap ke atas. Kesan graviti daripada posisi ini membantu menghaluskan kembali garis wajah yang terhasil akibat aktiviti seharian.
Elakkan tidur dengan wajah bersentuhan dengan bantal kerana ia menghasilkan garisan dan lipatan pada kulit wajah. Garis ini boleh menjadi kekal. Oleh itu sebaiknya posisi tidur ditukar sekiranya terjaga.
Hindari posisi tidur menelangkup kerana ia menyebabkan kulit tertarik oleh gravititi ke arah yang salah sekali gus menyebabkan kulit kendur. Pastikan juga posisi kepala lebih tinggi dari jantung sewaktu tidur untuk mengurangkan masalah mata sembap.
2. Perawatan sebelum tidur
Bersihkan wajah dari kotoran dan mekap sebelum tidur. Pori-pori yang tersumbat sewaktu tidur boleh menyebabkan masalah kulit terutamanya jerawat.
Sebelum tidur, jika anda menggunakan pendingin hawa pastikan anda mengoleks krim pelembap supaya kulit tidak kering.
3. Cadar dan sarung bantal dari fabrik satin
Fabrik daripada satin ini adalah lembut dan tidak menimbulkan garis-garis pada wajah. Ia juga tidak menyebabkan rambut kusut dan tertarik.
4. Suasana redup atau gelap
Tidur yang paling baik adalah dengan suasana yang tenang dan dalam cahaya yang redup atau gelap. Suasana seperti ini akan menyebabkan hormon melatonin yang penting untuk kesihatan kulit bekerja dengan efektif.
Kita praktikkan cara tidur ini malam ini juga ya!
No comments:
Post a Comment