Kisah hidup saya dengan suami, 23 November 2006, kami disatukan. Suami
hanya kerja kampung, menoreh getah dan tinggal di rumah mertua.
Selepas 4-5 bulan berkahwin, saya disahkan hamil. 2 Februari 2008 saya
selamat melahirkan bayi lelaki. Saya sudah rasa sangat bahagia pada saat
itu walaupun susah, tetapi suami ada di sisi yang kuat bekerja mencari
rezeki untuk kami.
Sekali lagi saya disahkan hamil. 4 Mac 2009, saya selamat melahirkan
bayi perempuan. Dua bulan selepas bersalin, suami pergi Sarawak
menjalani latihan selama 6 bulan. Kembalinya suami ke sini sebagai
anggota polis dan bekerja di balai polis.
Suami dapat rumah di kuarters polis di Shah Alam. Dah tolak bank, tolak
rumah, hanya tinggal RM600. Dengan motosikal EX5 suami berulang ali
pergi kerja. Memang rasa bahagia.
Pergi beli barang di Tesco dengan anak seorang di depan, seorang lagi di
tengah-tengah naik motosikal. Akhirnya suami dapat beli sebuah kereta
terpakai. Dengan gaji RM600 saya rasa sudah sangat bahagia sebab
anak-anak dan suami di sisi.
Disebabkan rumah jauh dari tempat kerja suami, kami pun berpindah ke kota. Dekatlah sikit dengan tempat kerja suami.
Anak lelalki pun dah berumur 6 tahun, masuk sekolah tadika di situ.
Tahun 2013, saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak yang ketiga.
Saya rasa saya sangat bahagia. Tetapi inilah dikatakan isteri diuji saat
suami susah, suami diuji saat dia senang.
7 tahun dalam perkhidmatan polis, saya percaya 100% kepada suami. Pada
tahun ke 9 perkahwinan kami, saya diuji dengan ujian yang terlalu berat.
Saya mendapat petunjuk melalui mimpi. Seminggu saya bermimpi yang suami
saya ada perempuan lain. Akhirnya hati saya tergerak untuk membuka beg
kerja suami. Betapa hancurnya hati saya bila terbaca surat nikah suami
di Thailand. Mengigil seluruh badan.
No comments:
Post a Comment