Sunday, 8 May 2016

Andai Satu Hari Tun Mahathir 'Pergi'...

Netizen semalam meluahkan rasa sedih mereka dengan sekeping gambar yang dimuat naik oleh Instagram Majalah Nona berserta caption yang amat meruntunkan hati ramai orang.
"Jujur saya katakan, saat yang sikat bersama tokoh dunia ini. Saya berasa amat terharu dan sedih bila saya bertanya:
Wartawan: "Andai satu hari Tun pergi, bagaimana Tun ingin diingati?"

Tun Mahathir: "Lupakan saya, ada yang suka, ada yang benci," 
"Lantas air mata saya menitis," kata Kify. 
"Ketika Tun Mahathir berkata demikian, semua yang ada dalam bilik, diam seketika," kata Sharinizam Othman, salah seorang krew yang terlibat. 
Jawapan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir itu membuatkan ramai netizen sebak dan masing-masing mendoakan agar Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah dipanjangkan umur. 
"Begitulah jawapan bila orang yang buat jasa bukan kerana nama. Tun Mahathir tetap dikenang dengan pembangunan Malaysia. Bila tengok KLIA, KLCC, Litar Sepang, pasti akan membuatkan kita teringat pada Tun Mahathir. Banyak sangat jasa Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia. Yang penting, masa itu rakyat hidup aman damai," kata Azmie Amie Hj Mamat

'Tun Mahathir tetap akan dikenang dan dihormati sebagai negarawan terunggul di Malaysia dan dunia. Biarlah mereka membenci tetapi bagi saya Tun Mahathir adalah kurniaan yang terindah dari Allah untuk rakyat Malaysia di atas jasa-jasanya membangunkan serta memperkenalkan Malaysia sehingga ke seluruh pelusuk dunia sepanjang 22 tahun pentadbirannya," kata Suzanna Yusoff. - PIXEL MEDIA

No comments:

Post a Comment