Assalamualaikum. Hari ini nak kongsi sikit pengalaman cipta kawan baru
dengan omputih ini. Walaupun saya ada kawan omputih yang lain, tetapi
yang ini pelik sikit. Serious!
Baru saja kenal masa turun Cameron Highlands tempoh hari. Dia nak
tumpang ke Ipoh sebab sampai ke Ipoh, mereka nak buat cara yang sama
untuk ke Pulau Pinang pula. Allah, kasihannya.
Tapi saya nak balik ke Kuala. Alang-alang saya bawalah mereka sampai ke
Kuala sebabnya, dia pun dah beritahu nak ke Pulau Pinang. Dari Kuala
Kangsar ke Pulau Pinang, dekat sikitlah.
Cara mereka tahan kita, senang saja. Tulis saja atas kotak ke mana arah
mereka nak pergi. Mereka layang-layangkan di tepi jalan sambil menahan
seisapa yang sudi/boleh menumpangkan mereka. Tapi dengar cerita dia
semasa dalam perjalanan, dah dekat 3 jam mereka duduk berdiri di Tanah
Rata. Haram seorang pun nak tumpangkan mereka.
"Allah, Malaysian... Malaysian.."
Saya bawa sajalah. Nak kata baik, tak juga tapi sifat atas sifat
kemanusiaan yang masih ada dalam diri ini. Kita tumpangkan mereka saja.
Dibuatnya pula kita macam dah kenal lama. Menyembang tak henti-henti.
Orang sebelah diam saja, menung saja. Hahaha!
Sembang punya sembang, macam-macam cerita keluar. Sampailah saya bawa
mereka singgah di rumah saya untuk makan tengah hari. Tapi sebelum
sampai ke rumah, saya telefon dulu kakak saya, siap masak. Tapi mak saya
saja melampau, sampai disajinya omputih ini sambal macang dengan gulai
tauchu. Hahaha! Mak.. mak.
Kakak saya sempat buat kek untuk dihidangkan pada mereka. Dah bagi
makan, tak reti nak berhenti pula. Lapar betul mereka berdua ini. Licing
sambal macang mak. Sedap sangat kata mereka.
Disebabkan mereka duduk singgah makan di rumah kampung orang Melayu,
saya haramkan awal-awal lagi sudu dan garfu. Tapi mereka sangat bahagia
dengan cara kita. Saya suruh mereka makan guna tangan. Nahh! Dua-dua
tangan digaulnya nasi. Hahaha!
Hidangan terakhir, pau mail! 6 biji mereka berdua saja yang habiskan. Ya rabbi, buruk lantok! bak kata orang Perak. Hahaha!
Tapi ada satu benda yang saya nak kongsikan di sini iaitu, pemikiran
anak muda ini sangat hebat, sangat berjiwa besar, sangat matang melebihi
usia mereka. Perjalanan meniti usia mereka di saat berumur 34 tahun
ini, sangat hebat. Mengenal negara luar, mengenal dunia milik Allah
ini.
Salah satu impian saya yang sudah dibeli oleh omputih ini. Bagi kita
sebagai Melayu Islam ini, bahkan dalam Islam juga mengajak kita mengenal
alam melalui Islam, agama kita. Tadabur Alam. Imam As Shafie pun
menggalakkan kita meninggalkan kampung halaman untuk berhijrah walau ia
sekadar ada.
Merantaulah...
Orang yang berilmu dan beradab tidak diam beristirehat di kampung
halaman. Tinggalkan negerimu dan hidup asing (di negeri orang).
Merantaulah...
Kau akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan
(kerabat dan kawan). Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah
lelah berjuang.
Sumber: Diwan al-Imam asy-Syafi'i. Cet. Syurkah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Beirut. Hal. 39.
Sikit saya sediakan petikan puisi ini. Share dari Google sahaja petikan
puisi ini sebab saya pun dari dulu ambil inspirasi dari puisi ini untuk
keluar berhijrah. Hijrah dari pelbagai perkara, bahkan acuan sebenar
dalam agama.
Dan mereka ini sangat menghormati sesiapa sahaja. Gaya perbulaan, corak
perkenalan sangat membezakan mereka dari negara asal mereka sendiri.
Jadi, saya berbangga mengenali dua insan ini.
Patrick dan Colleen ini berasal dari California. Sudah merantau hampir
20 buah negara. Bapa Patrick adalah hos TV di San Francisco. Kawan-kawan
mereka ini set-set artis, DJ-DJ kelab ternama. Kawan mereka, lantak
merekalah bab itu. Yang penting, budayakan adab kita sebagai Malaysian,
apa lagi yang Melayu. Semangat mereka juga tidak pernah luntur. Sangat
penting berjuang untuk hidup, kata mereka.
Satu perkara yang saya tanya pada mereka iaitu apakah pekerjaan mereka? Tahu apa mereka jawab?
"Kerja tak penting, impian lagi penting," katanya.
And strictly at that moment, I realize my philosophy, "Make your dreams
beyond your weakness" and immediately they agreed at all! Yeahh! - Annas Ismail | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment