Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu pada masa yang sama bergelar selebriti. Sibuk dengan keluarga dan juga kerjaya!
Sempena Hari Ibu Sedunia, kami senaraikan 10 selebriti Malaysia yang bukan sahaja cantik, malah merupakan hot mama paling popular!
1. Nora Danish
Siapa yang tidak mengenali wanita cantik ini. Wanita berusia 34 tahun ini memang layak bergelar hot mama. Mana taknya, Nora masih nampak macam anak dara.
2. Rozita Che Wan
Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini masih kekal anggun dan vogue walaupun sudah berusia 43 tahun. Masih kekal langsing dan menawan. Apa yang pasti, kalau bab fesyen memang Che Ta menang.
3. Fasha Sandha
Orangnya lemah lembut tinggi lampai. Walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, wanita ini tetap kekal cantik. Memang hot mama la!
4. Scha Alyahya
Ramai yang cemburu dengan wanita cantik
ini. Mana taknya, bentuk badannya tidak berubah walaupun sudah memiliki
seorang cahaya mata comel, Lara Alana. Bukan itu je, Scha juga menjadi
fasyen ikon wanita Malaysia.
5. Nabila Huda
Terkenal dengan sikap gila-gila dan sempoi, memang layak dipanggil hot mama. Bukan itu je, kalau tengok Abil berjalan dengan anaknya Keisha, nampak macam adik-beradik dah. Bukan macam mak dengan anak.
6. Diana Danielle
Bukan mudah untuk bergelar seorang ibu
di usia yang muda. Namun, isteri kepada Farid Kamil ini ternyata masih
kekal cantik walaupun bergelar ibu kepada Muhammad dan Aurora.
7. Sazzy Falak
Memiliki anak kembar memang menjadi
impian setiap wanita. Kalau tengok Sazzy dan anak kembarnya dah macam
adik beradik. Mana taknya, Sazzy pun kecil molek je.
8. Marion Caunter
Tak pernah tak cantik! Memang cemburu
melihat wanita cantik ini yang masih kekal langsing selepas melahirkan
anak ketiganya Liam.
9. Atita Haris
Namanya semakin dikenali selepas
berkahwin dengan pelakon Nas-T. Ibu kepada gadis comel bernama Opi ini
mempunyai aura tersendiri. Wajahnya sentiasa menjadi rebutan jenama
muslimah terkenal.
10. Fouziah Gous
Memang cantik dan lemah lembut orangnya.
Kalau sebelum kahwin, Fouziah Gous terkenal dengan bentuk badannya yang
langsing, ternyata masih kekal walaupun selepas melahirkan anak.
No comments:
Post a Comment