Saya baru kahwin hampir 6 bulan dan baru duduk serumah dengan suami dua
bulan ini disebabkan komitmen kerja masing-masing. Seorang di Kuala
Lumpur, seorang di Johor Bahru. Jadi, buat ketika itu baru terasa
benar-benar hidup berumahtangga.

Kami tinggal di Cheras, tetapi tempat kerja saya yang jauh memaksa saya
berulang alik Cheras - Shah Alam, bukan perkara yang mudah sebenarnya.
Menelan belanja kos petrol, tol, belanja makan lagi. Very struggle
within basic bukanlah besar mana untuk hidup di bandaraya Kuala Lumpur
ini.
Memang saya mengakui sebagai isteri yang bekerja, sebenarnya gaji kita
itu adalah duit kita. Menjadi tanggungjawab suami wajib memberi nafkah
dan sewaktu dengannya untuk kita yang bergelar isteri.
Awal bulan hari itu, saya menangis bila mengenangkan duit gaji saya
'ngam-ngam' untuk bayar kereta, duit kutu dan beri sedikit pada ibu yang
berada di kampung. Memang suami akan support mana yang tidak cukup
sementara menunggu hujung bulan. Tetapi banyak juga jadinya, mungkin
saya sudah terbiasa untuk jadi independent.
Alhamdulillah ada suami yang sangat memahami dan penyayang. Dia pergi
balik kerja naik LRT. Kadang-kadang dia sampai rumah lebih awal daripada
saya. Dia langsung tidak berkira untuk masak makan malam sebelum saya
balik kerja. Malah, rumah juga dikemas olehnya. Stress saya tersangkut
dalam kesesakan jalan raya dan masalah di tempat kerja hilang begitu
sahaja bila pulang ke rumah. Alhamdulillah ya Allah.
Pernah sekali sewaktu saya hendak pergi kerja, saya risau bilamana tiada
satu sen pun dalam dompet saya. Naik segan nak minta dari suami
hari-hari bekalkan RM50 untuk tol, petrol dan makan.
Pagi tadi sebelum bersiap pergi kerja, ada satu nota di atas workstation.
"Diminta untuk buka drawer,"
Rupa-rupanya ada harta karun. Hehe! I love the way he gives a simple
message within shows his love as a gentlemen husband. Betul, biarlah
kita kahwin bermula dari zero. Susah senang kita bersama asalkan ada
pasangan yang selalu beri sokongan moral and emotion. It's enough.
Suami
yang baik, bila kita rasa kehadiran dia sentiasa buat kita rasa
bersemangat untuk menempuh hari mendatang walau sesukar mana pun
cabaran. Terima kasih sayang kerana menjadi suami yang terbaik untuk
saya. Alhamdulillah. - Puan Suhaili
No comments:
Post a Comment