Umur aku 35, bini 30. Anak kami 3 orang. Sudah 10 tahun berkahwin. 10
tahun dulu aku tinggalkan awek aku yang dah couple selama 8 tahun. Awek
aku tu sebelah rumah je. Aku terpaksa kahwin dengan sepupu aku atas
permintaan mak dia yang sakit. Disebabkan desakan family tak sampai
sebulan aku pun kahwin.
Bila orang tengok sepupu aku ni baik, bertudung labuh macam ustazah,
tapi belum sampai 7 bulan kahwin dah beranak. Aku ni dijadikan pak
sanggup. Aku tinggal dia 3 hari untuk bagi ruang diri aku berfikir.
Tudung besar dia hanya lakonan. Demi mak dia, aku sanggup terima
seadanya. Aku tak nak tahu kisah sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan
dari benih aku tapi aku anggap macam anak aku sendiri. Jaga dan besarkan
dia sebab dia tak bersalah. Dan aku tak pernah tanya bini aku siapa
laki tu dan kenapa dia pilih aku jadi pak sanggup.
Lepas dia bersalin kami pindah. Bermula la kucar kacir hidup aku. Dia suri rumahtangga tapi
1. Rumah dibiarkan macam tongkang pecah, kalau tidur depan tv tilam tu
tak pernah diangkatnya masuk ke bilik. Bilik pula penuh dengan baju tak
berlipat.
2. Tak nak masak.
3. Kuat cemburu sehinggakan tak bagi aku pergi kerja pakai perfume. Baju
pun dia tak benarkan aku seterika, dibiarnya aku pergi kerja dengan
baju komot.
4. Tak nak sembahyang.
5. Keluar rumah tak nak tutup aurat. Apa yang paling buat aku malu bila
jiran-jiran tegur suruh aku nasihatkan bini aku sebab dorang malu
tengok. Puas aku nasihat tak jalan.
Selepas 2 tahun rezeki aku lebih. Demi rumah tangga sebelum pergi kerja
aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan
hari-hari beli luar. Settle satu masalah. Hari-hari gaduh sebab cemburu
dia. Tak izinkan aku pergi rumah mak aku sebab dia cemburu dengan ex
aku. Padahal bercakap pun tak. Dia dah kahwin duduk pun lain negeri.
Pergi rumah mak aku pun sorok-sorok sebab tak nak bergaduh dengan bini.
Slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat tak jalan. Dah marah
pun sama. Aku buat bisnes dapat sub kontrak. Aku bagi bini RM 3000,
terpulanglah dia nak beli apa aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang
emas harga RM 2000. Masa nak bagi mak aku gelang bini ada sekali. Mak
aku gembira suka.
Dan mak aku tanya, “Kau belikan mak gelang untuk bini ada beli skali tak?”
Bini aku jawab, “Bini dia tak penting mak lagi penting, kalau dia dah
beli mak gelang habis la duit, bila duit dah habis saya tak dapat la
beli barang kemas.”
Berubah muka mak aku. Perlahan mak letak gelang kat tangan aku suruh
bagi kat bini aku. Mak cakap mak dah tua untuk apa mak pakai emas, tak
ada siapa nak pandang mak. Sambil mak senyum tapi air mata mak dah
bertakung. Tak cukup ke RM 3000 aku bagi bini. Gelang RM 2000 je. Sedih
hati aku bila tengok muka mak.
Selepas setahun berlalu, kantoi bini aku ada jantan lain. Bagi alasan
kawan je tak lebih dari tu. Kawan dia boleh makan suap-suap berpegang
tangan. Jantan tu rupanya ex dia yang buat dia mengandung dulu. 4 bulan
lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah duduk dengan pakwe dia.
Anak-anak dia tak nak jaga lagi, dia serahkan semua pada aku termasuk la
anak sulong aku tu. Kini kami dalam proses bercerai.
Aku tak tahu di mana silap aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku
penuhi. Tapi aku gagal didik dia jadi bini yang solehah. Ternyata aku ni
tempat persinggahan dia waktu dia dalam sesak. Mungkin dia lebih
bahagia dengan pakwe dia yang juga merupakan suami orang. Dia nak
kebebasan. Dia nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia
bosan aku suruh solat suruh tutup aurat. Aku dah buat sehabis baik, aku
dah jalankan tanggungjawab aku sebagai suami. Jika kebebasan yang dia
mahu baik kami bercerai.
Ex aku pun kini ibu tunggal kematian suami. Mak ada suruh aku kahwin
dengan dia tapi aku tak nak sebab aku serik. Aku tak nak hal lama jadi
balik. Kini aku cuma fikir aku nak besarkan 3 orang anak aku.
Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak aibkan bekas bini.
JOM BACA LAGI DISINI
No comments:
Post a Comment