Atas sebab inilah ada antara pasangan yang sanggup mencuba dan terus mencuba walau sudah punya berderet anak sama jantina. Hakikatnya setiap kurniaan Tuhan itu ada hikmahnya.
Ia tidak dapat dibaca sehingga satu ketika kita dihadapkan dengan kejadian yang membuka mata. Demikian yang dirasakan oleh seorang ibu yang memiliki empat anak lelaki. Baca perkongsian menyentuh hati dari Puan Ros Yanie dalam Facebook beliau.
"Dulu aku nk sgt anak perempuan. No 1 dpt anak lelak, no 2 dpt anak lelaki. No 3 pun lelaki. Last2 aku pergi umrah, aku daki Jabal Rahmah doa kat sana sbb nk jgk ank perempuan.
Bila ngandung excited ingat makbul doa. Beli baju perempuan, semua kelengkapan pink tp last-last kuar dpt ank lelaki. Tak lama lepas tu suami aku pergi mengadap Ilahi. Baru kini aku tahu kenapa Allah bg aku semua anak lelaki.
Nanti lepas ni tak payah nak cari wali ke apa ke. Lagi satu time nak g niaga merekalah yg membantu isi barang dlm kereta, angkat besi2. Walau masih kecil tp mereka blh bantu.
Satu mlm tu aku panggil 4 anak aku, yg kecil tu mungkin tak fhm tapi aku panggil jugak. Aku dok atas kerusi, anak aku dok kat bawah. Aku bg tazkirah mlm tu.
Abg Long, Ngah dan Cik tahu tak kenapa anak2 mama semua lelaki? Ank aku tanya kenapa mama? Skrang ni abah dah tiada. Mama tak kisah anak2 mama nanti bila besar nak kijo gapo tp mama nak agama yg penting.
Tahu dop besar tjawb mama ni.Gapo2 anak2 mama buat mama tanggung sore, abah dah lepas doh, anak aku no 3 tu faham tak faham je.
Aku kata lgi, mama nk pesan jah, abah dah takdok mgkin lepas ni mama plak, ngajilah, lebih2 agama. Tak kijo kerajaan pun takpa. Mama blh ajar kot niaga.
Tp so jah... andai tiba nanti mama mati, mama nak kamu berempat ni yg usung keranda mama. Dua di depan, dua di belakang. Mama nak diantara kamu yg jadi imam solat jenazah mama. Tk yah ore lain.
Mama nak kamu berempat yg tunggu kubur sambut mama. Mama nk kamu berempat turun diliang lahad sambut mama, turun belako. Long pegang molek ma ni.
Long pegang kepala, Ngah pegang tengah. Cik pegang paha. Adik pegang kaki. Pegang mama masuk dalam kubur. Jangan bg org lain pegang.
Long ni mama kita ni Long, pegang molek Long.Letak slow2 Long. Ni mama kita ni... Last doh kita pegang mama kita ni. Pahni mama tak dop doh Long. Bila selesai mama nak antara kamu yg baca talkin, doa untuk mama.
Tadah tangan, doa deras, biar adik2 pun dengar. "Ya Allah ni mak aku ni.Kau telah ambil mak aku...Kini kami adalah anak yatim piatu. Kami redha. Ya Allah kau ampunilah dosa mak kami.
Dialah yg membesarkan kami.Dialah yg bekerja keras untuk kami, kedua tangan dia yg membesarkan kami tanpa kenal erti lelah.
Dialah yg bersusah payah siang dn mlm mencari rezeki untuk kami.Kau ampunilah dia.Kasihan ni lah mak kami ni ya Allah.
Nak tahu tak, doa anak yatim piatu ni Allah dengar. Doa dgn bersungguh dan mesti ikhlas. Allah mesti dengar, Allah Maha Mengasihani.
Dan nak tahu tak hanya ank lelaki boleh buat semua ni. Aku ajar ank aku, menangis diorang mlm tu. Terus peluk aku. Sorang di kaki, sorang di dada, sorang atas belakng, sorang atas kepala. Sayang mama...Takse mama mati...
Wahai ank ku...Allah bg mama anak lelaki untuk ma rasa nikmat yg ma rasa bersyukur sgt. Doalah ko ma mintak mama panjang umur. Sapa tak takut mati anak weh...cuma mama nk peringat, ingat Allah, ingat abah, doa sokmo.
Anak2 aku ni kena ajar kot sedih. barulah tak baloh, sembhyang, ada sifat belas ko mok... Suatu hari nanti anak2 aku akan skodeng FB aku...Mereka akan tahu pesanan ni.
Sekarang baru aku tahu, sesungguhnya Allah itu maha megetahui àpa yg dia beri...
Alhamdulillah."
Sumber: Facebook Ros Yanie
No comments:
Post a Comment