PERINGATAN!!!, SANGAT BAHAYA.. TOLONG SIRAM TOILET ANDA SEBELUM MENGGUNAKANNYA! TOLONG SEBARKAN!!
SHAH ALAM,
18 April – Seorang wanita nyaris maut selepas dipatuk seekor ular ketika
dia sedang membersihkan tandas rumahnya di Taman Seksyen 32, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa Noor Baizura
Shawal 36, dipatuk ular dan mengenai dua jari pada tangan kirinya
sejurus selepas reptilia itu keluar dari lubang tandas.
Suami mangsa
yang enggan namanya disiarkan, bergegas masuk ke tandas selepas
terdengar jeritan mangsa mengerang kesakitan kesan dari patukan ular
yang dipercayai ular sawa. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Cawangan Klang tiba 15 minit selepas dihubungi.
Jurucakap
Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, insiden ini berlaku berikutan
cuaca panas yang melanda negara ketika ini menyebabkan habitat reptilia
itu terancam dan membuatkan ia bertindak agresif.
Bagaimanapun,
mangsa yang telah menerima rawatan kini dalam keadaan stabil ketika
dihubungi dan punca kedatangan haiwan itu masih dalam siasatan.
Kemaluan Dipatuk Ular Ketika Duduk Dalam Tandas
Seekor ular
dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk
dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.
Kemaluan Dipatuk Ular Ketika Duduk Dalam Tandas
Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.
LelAki
berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor
ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.
“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.
Sementara
itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa
masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.
“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.
Menurut
paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki
adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian
tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya. –
Agensi
SumbEr : Metro
Ank2 bila time rehat atau nk pgi tandas itu jam tgk2 ye jgn main lari je.bahaya ni .semoga kalian dlm lindungan allah Aamiin..
#Alfatihah
kepada adik
Nuri Nadirah pelajar tahun 1 yg meninggal dunia dipercayai dipatuk ular,
dalam kejadian di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, di
sini, hari ini. Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, dikatakan sedang
bermain bersama rakannya ketika waktu rehat sebelum menjerit kesakitan.
Mangsa kemudiannya berlari masuk ke dalam kelas sebelum pengsan. Pihak
sekolah terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum
disahkan mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. Mangsa
dipercayai dipatuk ular di bahagian betis kiri.
Ibu mangsa,
Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata ketika kejadian dia
berada di tempat kerja, sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh pihak
sekolah. Katanya, beliau bergegas ke Klinik Kesihatan dan ketika itu
anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri.
No comments:
Post a Comment