Dunia gelap seketika di saat anak sendiri ditimpa musibah sebegini rupa.
Pengajarannya di sini, kalau anak jatuh, janganlah kita buat tak tahu.
Kalau dibiarkan begitu sahaja, tak tahu apa yang akan jadi. Semoga
Daniel cepat sembuh sedia kala. Tindakan awal dari ibubapa boleh
menyelamatkan nyawa anak.
Jadi, jalan ceritanya bermula dari Jumaat 8 April 2016, jam lebih kurang
6.45 - 7 petang. Daniel jatuh dari sofa, pada masa itu saya sedang
bertugas syif petang.
Keadaan Danny pada masa itu okay saja. Cuma menangis selepas terjatuh.
Kemudian, dapat panggilan dari suami yang menyatakan sekian-sekian hal.
Jadi, saya suruh di bawa pergi ke Prince Court Medical Centre (PCMC).
Sebelum itu, Danny ada muntah sekali but not projectile.
Bila sampai saja di PCMC, right side dia bengkak. Nampak tak? Jumpa doktor dan diarah buat CT Scan.
Ini film CT Scan. Kalau perasan, gambar baris yang ketiga nampak ada
tompokan putih sebelah kiri (otak kanan) itulah pendarahannya. 8cm of
hemotoma. Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya pada ketika ini.
Viral sign stable. Result CT Scan keluar, terus proceed untuk buat
emergency operation. Seperti mana yang semua tahu, bil di PCMC bukanlah
murah. Harga kos rawatan yang dijangkakan RM$$K tetapi itu tidak menjadi
masalah. Yang penting keselamatan Daniel.
Nak dijadikan cerita, doktor yang nak buat operation itu pula sedang ada
operation yang lain. Jadi, terus kami dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur
(HKL).
Kenapa HKL? HKL adalah salah satu hospital yang mempunyai the best neuro
surgeon peads seperti yang disarankan oleh rakan-rakan dan doktor.
Terima kasih ya!
Jadi, Danny terus dihantar dengan ambulans ke bahagian kecemasan HKL, Red ZOne.
Danny perlu pakai soft collar supaya tidak terlalu banyak membuat
pergerakan. Dalam beberapa jam, doktor datang beritahu kondisi dan perlu
menjalani pembedahan dengan segera. Mengigil tangan nak sign, biasa
jadi saksi saja.
Dalam sekelip mata saja semua ini berlaku. Tiba-tiba anak saya perlu
dibedah, major operation. Buka tempurung kepala untuk keluarkan darah
beku. Siapa sangka?
Dalam perjalanan ke dewan bedah, Danny relaks sahaja tengok saya
menangis-nangis. Allah saja yang tahu perasaan pada ketika itu. Memang
separuh mati. Tak serupa orang dah ketika itu. Allah menguji saya lagi
ketika Danny masuk bilik bedah.
Di depan Dewan Bedah Neuro, saya ulang alik tak tentu arah. Menunggu
Danny keluar amat peritnya rasa dan sakit. Setelah beberapa jam
menunggu, seorang demi seorang kakitangan keluar. Saya pula diselubungi
dengan pelbagai tanda tanya. Kenapa lama sangat?
Tepat pada jam 8 malam, saya dipanggil masuk. Alhamdulillah Danny sudah
sedar sepenuhnya. Terselamat dari diintubate. Syukur ke hadrat illahi
anak saya selamat. Hebat! Tube itu untuk keluarkan baki darah yang masih
ada.
Danny masih mamai, sibuk nak tarik tube atas kepala. Akhirnya tidur
kepenatan. Jam 5 petang, baru tersedar. Nampak sangat-sangat dahaga
sambil menjilat bibir. Saya beri minum air kosong dulu. Tengok tak
muntah, barulah beri minum susu. 24 jam Danny berpuasa.
Danny dimasukkan ke wad. Tak perlu pergi PICU. Masih drowsy, tidur saja
dia. Saya pun masih berpakaian uniform. 4 shift kerja, kena duduk di
cubicle dekat dengan misi for close monitoring.
Jam 12.30 pagi, Danny kena buat CT Scan kali kedua selepas post op.
Selepas setengah jam bagi sedation, masih tak tidur. Suka lawan mata.
Selepas diberi second sedation, barulah Danny tidur. Then barulah buat
CT Scan. CT Scan selesai. Berdebar saat menunggu laporan disiapkan.
Terpaksa beri sedation sebab Danny tak nak tidur selepas diberi ubat
tidur.
Alhamdulullah CT Scan otak tiada masalah, tiada lagi pendarahan. Syukur alhamdulillah.
Danny layan iPad dengan muka yang agak masam. Hari kedua, dah mula okay
sikit. Mula bercakap-cakap. iPadnya tak tinggal, layan Upin Ipin. Dah
mula tekan-tekan iPad itu, okaylah.
Terima kasih bagi yang mendoakan Daniel. Syukur sangat-sangat. Terima
kasih juga pada sesiapa yang sudi datang melawat Daniel semalam.
Mata mula membengkak. Balutan jahitan pembedahan ditanggalkan pada hari
kedua. Kesian Daniel, menangis menahan kesakitan. Mata menjadi semakin
sepet. Ambil masa untuk pulih. Daniel dapat lebih kurang 43 jahitan.
Gembira rasanya Danny dah ketawa. Cukuplah beberapa hari saya tidak
melihat Danny segembira ini. Syukur ya Allah. Terima kasih di atas doa
anda semua. Semoga Allah memberkati semua ya. - Hizetty Ab Aziz | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment