Kisah Seram Di Petronas Jalan Subang Airport | Aku nak rehat
sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang semua
apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis
aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa
kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut
sementara menunggu waktu game tu start.
Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos
konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung
laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi
ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya
perancangan.
Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis
dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and
paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh...
badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan
Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah
habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer...
Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni...,
sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas
takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil,
boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak
kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb...
Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk
mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah...
selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak
tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa
kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam
hati aku berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin
pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu
arah....
Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil
menjeling ke belakang... alamak kompom ada something kat kerusi belakang
..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang
belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat
belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak
tabahkan hati dan kontrol macho....
Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila
aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan
stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak
di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam
ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu
jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka
dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik
model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie...
aku tak pasti...
Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH
SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku
tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau
turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu..
tergagap... gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena
ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu
pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam
manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah di belakang
kowloon agaknya...
Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya
persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah
ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala
ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke
Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau
nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu
balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu...
Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada...
aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu,
yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi
dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak
tenteram... barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat
duduk belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan
ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang
tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda
respons...kecewa betul....
Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan
cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " Ok...
saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin
pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke...
dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu
pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba
terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku
menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke
cermin pandang belakang... minah tu dah takda..., aku pusingkan badan
menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah blah...
masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul...
Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn....
dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan
aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa
ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh...
160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan
dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima
kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau
wangi yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku...
dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku
selamat.
Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua...
aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh
tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam
baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan
dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata....
masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta
padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak
ler...teman...
Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan
perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih
tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat
takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.
Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus
sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut
pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan
dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang
agak lama masanya.
Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak
membantu... dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung
dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik
pun banyak membantu juga.
Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku
malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku
berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau korang nak cuba
boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu... manalah
tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu... untung sabut
timbul... boleh buat bini...
Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat
Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku
malam tadi... aku ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real....
wa cakap lu.... tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia
tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua...
walau apa pun... Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... Semuanya
dalam kekuasaanNYA.
No comments:
Post a Comment