Peringatan kepada anda serta keluarga anda yang mempunyai gangguan Mahluk Halus.
Jangan sesekali pasang ayat-ayat Ruqyah didalam kenderaan kerana orang
yang mempunyai gangguan bila diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran akan
mempunyai tindak balas seperti meracau-racau ia cukup bahaya kepada
pemanduan
Sekiranya gangguan bertambah agresif ada kemungkinan rsiko untuk terjun dari kereta dan kemalangan cukup tinggi.
Cukup hanya membaca doa menaiki kenderaan dan istighfar. Pesanan ikhlas dari saya.
Apa Itu Ayat Ruqyah?
Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan
perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau
gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk
penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat2 ini mempunyai kuasa
menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita
segalanya.
Himpunan Ayat Ruqyah Terdiri Daripada :
- Al-Fatihah
- Al-Baqarah 1-5
- Al-Baqarah 102
- Al-Baqarah 163-164
- Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
- Al-Baqarah 285-286
- Ali-Imran 18-19
- Al-‘Araf 54-56
- Al-‘Araf 117-122
- Yunus 81-82
- Toha 69
- Al-Mukminun 115-118
- As-Soffaat 1-10
- Al-Ahqaaf 29-32
- Ar-Rahman 33-36
- Al-Hasyr 21-24
- Al-Jin 1-9
- Al-Ikhlas
- Al-Falaq
- An-Naas
Kalau nak download mp3 ni pun boleh..Kat 4shared…atau lau kita baca
sendiri tak sampai 15 minit pun..Yang penting kita berusaha dan
bertawakal kepada allah… lau nak dalam bentuk adobe reader…beleh je
tekan google terus…so ain download dalam dua2 bentuk…adobe dan mp3…
Biasanya, lau kita bacakan pada orang yang sakit…akan terdapat la simptom2 seperti berikut..
- Denyutan jantung makin kencang
- Badan bergegar
- Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
- Mengantuk/menguap
- Batuk
- Gelisah
- Panas di tengkuk
Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada
dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh
kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah
ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan
kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita
bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan
membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan
bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk….
seperti mana yang kita tau, dalam dunia perubatan islam, ayat-ayat
alquran merupakan senjata penting untuk mengubati pesakit. Ain sendiri
pernah membacakan ayat ruqyah ini pada orang yang terkena gangguan jin
selama 4 malam dah berturut2 sebelum dia tidur..dan ternyata badannya
sakit…panas membahang satu badan…dan ..yang sakit tu bukan orang lain
dengan ain..melainkan orang yang ku cinta… memang kesian dekat dia
kepanasan dan kesakitan.. namun apa yang mampu ain lakukan.. hanya doa
daripada jauh…dan Allah yang melindunginya… so, untuk pengetahuan U
allz, dia dah sakit selama 2 tahun 3 bulan.. Selama dia sakit tu,
bermacam2lah dugaan kami..dan sekarang pun masih sakit jugak.. berubat
dah ngan Dato Harun Din…tapi mugkin benda ini ambik masa yang lama..tapi
me masih sabar menunggu dia..tapi yang peliknya dia xtau dia sakit
gini…penat me..mmm… nanti lah cerita pasal dia…
so, untuk mengamalkan ayat ni untuk sesuatu tujuan:-
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam
rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi
(auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam
kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu
pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan
dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak
anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol
besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round
sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk
untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi
habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x
secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini
hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa
berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan
cergas dan kembali bersemangat.
Sumber : Ohmymedia




No comments:
Post a Comment