Menerusi laman facebook Za’ Faran Hisham kongsikan kisah remaja yang hamil luar nikah, lagi menyedihkan ibu bapanya adalah penagih dan pengedar dadah.
Adik ni berusia 17 tahun, hamil anak luar nikah. Belum berkahwin. Baru saja tamat SPM.
Dia datang jumpa saya di klinik, kelihatan sangat teruja dan gembira.
Tak sama macam kebanyakan remaja hamil luar nikah yang kelihatan takut
dan tak selesa.
‘Adik datang dgn siapa harini?’
‘Boyfriend saya Ada kat luar..’
‘Ada plan nak kahwin ke dik?’
‘Ade, akhir bulan ni kot..’
‘Mak ayah dah tahu dik?’
Dia tunduk dan menggeleng kepala. Saya tanya kenapa tak bagitau mak ayah..
‘Diorang tak ade pon sekarang Dr, dah kena tangkap..’
‘Siapa tangkap??’
‘Dah kena penjara Dari December haritu..kes dadah..diorang jual heroin.
Memang dah lama hisap dadah. Dari saye kecik lagi..tapi diorang hisap
dalam bilik je, tak nak kasik kami tengok..’
Saya terkejut, sedih, marah dan macam-macam perasaan bercampur baur.
Saya terfikir sama ada adik ni juga penagih dadah sebab akan memberi
kesan kepada kesihatan bayi.
‘Saya pernah cuba Ice je masa form 3. Tapi x best la Dr..tak nak dah..’
‘Adik x pernah try heroin ke?’
‘Tak nak la Dr, nanti jadi macam Mak ayah saya..’
Dia ada 2 adik beradik yang lain, umur 19 dan 12 tahun.
Seingat dia, mak dan ayahnya kedua-dua penagih dan pengedar dadah. Dah
banyak kali keluar dan masuk pusat serenti, tapi ni kali pertama mereka
dipenjarakan.
Dia jalani kehidupan normal seperti orang lain. Pergi sekolah. Mempunyai beberapa teman lelaki.
Mak dan ayahnya kerap bergaduh terutama sekali bila takde ‘barang’. Keluarganya tak bahagia. Dia cari kebahagiaan lain.
Dia jumpa ‘cinta hati’ di sekolah. Lelaki tu baik. Merokok tapi tak
ambil dadah. Tak pernah pukul malah selalu menjadi pendengar setia
dikala dia ada masalah. Apa yang lelaki tu mahu hanyalah layanan seks,
tiada masalah baginya kerana dia juga sangat sayang dan cintakan lelaki
tu.
Sekarang dia mengandung. Lelaki itu mahu bertanggungjawab. Tak macam kebanyakan lelaki yang lain.
Mungkin sesetengah masyarakat akan mengutuk dan mengeji orang seperti mereka.
Saya mengaku, saya juga ada tanggapan negatif kepada mereka. Gatalnya!
Saya umur 17 masih lagi budak hingusan. Tak ada boyfriend. Apa yang saya
fikir hanyalah belajar.
Tapi satu perkara yang saya sedar, saya tak berada ditempat yang dia
lalui. Ibubapa saya mempunyai kerja dan pendapatan yang baik. Makanan
akan selalu tersedia di atas meja. Pakaian yang bersih. Saya tak perlu
takut polis akan datang dan geledah rumah untuk cari dadah. Saya tak
perlu berdepan masyarakat yang memandang hina pada kami. Saya tak perlu
cari kebahagiaan dengan kawan-kawan di luar sehingga terlanjur. Semua
saya dapat dirumah.
Tak dapat saya bayangkan apa nasib yang menimpa saya jika berada di
situasinya. Sangat mengkagumkan dia tak terpengaruh menjadi penagih
dadah seperti ibubapanya. Malah, dia tak mahu kehidupan anaknya sama
seperti yang dia pernah lalui.
Apa yang saya boleh bantu ialah beri dia sokongan moral sepanjang proses
kehamilannya. Saya akan pastikan dia datang check up bayi mengikut
jadual. Tak lupa juga bagi pendidikan macam mana nak jaga dan besarkan
anak kelak. Saya akan pastikan dia tak terjerumus ke ‘lembah hina’ itu.
Sering kali kita tengok remaja-remaja yang bermasalah ini biasanya
datang dari keluarga yang berpecah belah. Ada yang bercerai dan ibu lari
tinggalkan anak-anak ikut lelaki lain. Ada juga ibu tunggal yang
terpaksa mengerah tenaga mencari rezeki hingga anak terabai. Ini adalah
antara penyebab mengapa anak-anak memberontak dan mempunyai masalah
sosial.
Kita sebagai masyarakat tak boleh ubah masa silam mereka tapi boleh beri
mereka satu kehidupan baru. Pertama sekali hentilah beranggapan negatif
kepada mereka, berdoalah semoga mereka diberikan hidayah oleh Allah
swt. Dan semoga Allah melindungi ‘bayi’ yang tidak berdosa itu.

No comments:
Post a Comment