
Mungkin ramai yang sudah mengenali nama Sofea Ilias iaitu pengasas
produk kecantikan terkenal hingga menjadi jutawan pada usia 19 tahun.
Kamipernah kongsikan kisah "gadis" ini sekitar Jun tahun lalu. Memang
kisah perjalanannya dalam perniagaan banyak menjadi inspirasi kepada
ramai peniaga yang lain.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa disebalik raut wajah yang cantik dan
badan yang seksi itu hakikat sebenarnya beliau adalah seorang lelaki.
Maka sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Insan yang pernah mendapat
kejian dan kritikan dari masyarakat kerana melanggar fitrah kejadian
yang telah Allah ciptakan kini memilih untuk kembali ke siapa dirinya
yang sebenar.
Safiey Ilias nekat untuk melakukan pembedahan membuang payudara yang pernah dibuatnya dahulu.
"2-3 hari ni saya langsung tak fikir akan apa-apa. Sedih tak, risau tak,
apa pon tak. Tapi saat saya disorong di atas katil masuk ke operation
theatre, saya rasa sebak yg amat sangat sambil air mata saya mengalir.
Sudah jauh saya ini pergi ke dalam gelap. Segala kisah lampau saya, saya
ingat, dulu orang siap label saya "ahli neraka". Saya dapat rasa kenapa
lah nasihat ibu dan ayah saya tak nak dengar...
Saya dapat rasakan betapa satu beban itu hilang dan seolah olah diangkat
ke langit. Saya menangis sebab saya rasa seolah olah Rasulullah tengah
peluk erat saya dan kata "sabar". Saya tahu Rasulullah dan Allah tengah
merindui saya.
Sheikh mcg, "saat darah pembedahan tu mengalir setitik demi setitik
Allah dan malaikat akan kira. Itu jihad. Itu mujahadah. Tak tumpah sama
mcm zaman sahabat berperang dan bertumpah darah".
Saya tak menyesal dan saya tak sedih. Saya gembira sambil harap dan
takut akan Allah SWT. Moga Allah nilai semua ini. Perjalanan saya masih
jauh.
Syaitan pasti akan dakwah saya untuk tarik saya balik ke lembah
kegelapan. Lepas ni pasti general syaitan yang akan ditugaskan untuk
tarik saya. Doakan saya moga dijauhkan daripada syaitan yang direjam dan
iblis LAKNATULLAH.
Terima kasih semua yg selama ini tak henti mendoakan saya. Maafkan segala kekhilafan saya spanjang anda kenal saya.
Saya Doakan Semua Kita Diberi Hidayah - Safiey Ilias
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi semua . Saya tak nak ulas apa2 .
Saya cuma takut pada Allah dan buat semua benda kerana Allah . Esok lusa
saya sendiri tak tahu saya jadi apa dan saya dimana . Biarlah Allah
tentukan . Saya tidak blame mana2 org dan jgn samakan saya dgn makhluq
lain .
.
Bagi saya , tidak perlu berdebat dgn org yg tak faham . Saya juga xnk
org gunakan saya sebagai point perdebatan . Tugas agama cuma mengajak
yakni dakwah . Kita tiada hak untuk paksa setelah berdakwah kita paksa
org berubah ! Yg memegang hati kita adalah Allah .
.
Saya doakan semua kita diberi hidayah yg mana dlu saya tak percaya pada
hidayah dan x yakin saya boleh berubah . Saya suka cabar Allah . Bila
nak tukar saya jadi lelaki ? Bila nk buang naluri saya ? Bila nk bawa
saya ke jalan benar ?? Ada puluhan ribu org menghina tatkala itu . Ada
juga puluhan ribu org yg berdakwah secara kasar mahupun halus . Dan
ratusan ribu org mungkin mendoakan saya termasok diri sendiri yg
sentiasa bersangka baik pada Allah . Ini belom campor mak dan ayah yg
mendoakan .
.
Nahhh Allah jentik sekali sahaja , dan ini saya sekarang . Saya tidak
ada kuasa upaya malah x pernah termimpi akan jadi begini . Sukar untuk
saya ulas . Byk kali saya kirim doa pada rakan di Mekkah .
.
"Gilaaa kau aku cantik kot x perlu jadi laki ! Suara pun prmpuan . Bulu
pon x ada . Sayang gila kan lepaskan dunia ni betol x ?? Nak dpt lelaki
petik jari je uollsss lagi2 aku kaya" Itu yg selalu saya ungkapkan pada
org . Tapi harini , dunia saksi perubahan saya tanpa paksaan atau sbrg
sebab selain Allah . Org akan tanya "macam mana?", "betulke?" . Malah
saya sendiri tertanya tanya . Tpi bg yg faham akan apa itu "hidayah"
mereka akan faham . Allah kata "kun fayakun" , maka jadilah !
.
Bagi saya , perubahan ini tidak boleh dipaksa , ia perlu dari hati . Dan
hati itu Allah yg pegang . Maafkan saya jika ada melukakan hati sesiapa
. Saya tidak pernah ingin menjadi munafik . Iolls lg cntik drpd uollss
kot . Xpyh berubah jd lelaki pon x apa , rugi ! Tpi itulah , siapa yg
boleh lawan kuasa Allah ?? Saya tetap lembut juga dan suka apa yg wanita
suka . Mgkin one day Allah switch off naluri ini . Bersangka baik .
Husnuzon - Safiey Ilias.
Malah kisah Safiey ini turut dikongsi oleh pendakwah Ali Russia yang
membongkar bahawa dia pernah menerima komen dari Safiey di laman
facebooknya.
Sumber : Ohmedia







No comments:
Post a Comment