Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Whatsapp ‘memperketatkan’
sistem mereka. Rasanya ia disebabkan buat masa kini aplikasi yang kita
gunakan itu terlalu mudah dibaca oleh orang lain dan ia tidak selamat.
Oleh yang demikian, kelmarin (Selasa) WhatsApp telah menaik taraf
aplikasi mereka itu dengan ciri baru iaitu ‘end-to-end encryption’.
‘End-to-end encryption’ bermaksud, pihak ketiga tidak boleh membuka atau
membaca mesej yang kita hantar pada orang lain. Yang boleh membaca
mesej tersebut hanyalah orang yang menerima mesej itu.
Maknanya, tiada siapa boleh lihat termasuklah penjenayah siber,
penggodam, dan juga pihak WhatsApp sendiri. Apa yang anda perlu lakukan
adalah ‘verify bar code’ dengan orang yang anda mahu hantar mesej
tersebut.
Kesimpulannya, pembaikan terkini ini pasti ada kebaikan dan
keburukannya. Bagaimanapun, ia bakal membuat kita rasa lebih selamat
tanpa ada pihak lain yang menganggu. Tak gitu?
Sumber : omm
No comments:
Post a Comment