AWAS! 5 RAHSIA BILIK HOTEL YANG WAJIB ANDA TAHU | Oleh kerana
staff pengemas
bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas
satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda
sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu
memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda
tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan.
Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya
mengelapnya saja.
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi
yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik
selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala
kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang
sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.
Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci
dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.
Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas
bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.
Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk
mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama
buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas
dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam
cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap
terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.
Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab
tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak
se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad
elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun
staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara
paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam
bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman.
Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di
kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun
serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit
selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong
Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang
agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.
Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang
mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi.
Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di
bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di
bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala
Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak
dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap
hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah,
kedua-duanya tidak selamat.
5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila
anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air
mineral untuk minum.
No comments:
Post a Comment