
Fizo Omar baru-baru ini telah dikecam teruk oleh
peminat dek kerana kapsyen yang dimuat turun di Instagram yang
mengatakan “Yang xboleh gurau asyik nak serius je p dok batu kurau.”
Jelas sekali ayat yang digunakan Fizo Omar mengundang rasa tak puas hati peminat terutama sekali yang asal dari Batu Kurau.
Peminat katakan Fizo Omar tak sensitif dan ayat
digunakan merupakan gurau kasar. Mungkin niat Fizo hanya nak bergurau.
Tapi hati orang lain-lain, ada yang terima dan ada yang tak. Iya kan?
Peminat Marah
Bukan main marah lagi peminat-peminat Fizo di akaun
Instagram beliau. Berikut antara komen pedas daripada peminat yang tidak
puas hati mengenai kapsyen Fizo;
Fizo Mohon Maaf
Sebaik sahaja kapsyen beliau dihentam peminat, Fizo
memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan niat hanya untuk
bergurau. Malah Fizo merancang untuk datang dan merasai sendiri suasana
di Batu Kurau.
No comments:
Post a Comment