Tuesday, 26 April 2016

5 Bahaya Jika Anda Mandi Air Panas Setiap Hari!

Setiap pagi ramai di antara anda memang allergic kalau mandi dengan air sejuk. Memang dekat rumah tu wajib ada water heater sebab nak mandi air panas.
Kalau mandi guna air paip je, memang mandi macam ‘Bujang Lapok’ la jawabnya.
Tapi, tahukah anda bahawa mandi dengan air panas beri risiko pada diri anda? Kena baca 5 bahaya jika anda mandi air panas setiap hari.

1. Sakit kepala

1
Mandi dengan air panas setiap hari boleh menyebabkan sakit kepala kerana suhu air boleh mengganggu aliran darah dari tubuh ke otak.

2. Tekanan darah rendah

2
Mandi air panas setiap hari membuatkan pembuluh menjadi lebar sehingga tekanan darah boleh menurun. Ada beberapa kes, dimana tabiat mandi air panas setiap hari membuatkan degupan jantung menjadi lebih cepat kerana jantung mengepam darah dengan cepat.

3. Sistem pencernaan terganggu

7
Jika anda selalu berendam dalam air panas ia boleh menyebabkan gangguan pencernaan. Gangguan pencernaan yang biasanya terjadi adalah rasa mual dan muntah. 

4. Menggigil selepas mandi

3a
Mandi air panas memang menyegarkan. Tapi selepas mandi, badan rasa lebih sejuk sehingga menggigil. Ini kerana saluran darah di bahagian kulit menjadi lebih besar dan menyebarkan haba ke seluruh tubuh.

5. Kualiti sperma terganggu

Qj9LpzV
Kebiasaan mandi air panas boleh membuatkan jumlah sperma menurun. Ini kerana pengeluaran sperma memerlukan masa yang panjang. Air panas boleh mengganggu jumlah sperma lelaki.

No comments:

Post a Comment