KUALA TERENGGANU - Demikianlah persoalan dari tuan empunya badan yang baru berkahwin dengan suaminya yang berusia 62 tahun.
Gambar yang dimuat naik oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat
di laman Facebook tersebar luas sehingga ada segelintir pengendali
laman Facebook seperti Himpunan Gambar Lawak dilihat mempersendakan
pasangan itu.
"18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha," tulis laman Himpunan Gambar Lawak disertai dengan emoticon gelak ketawa.
Hilang sabar dengan apa yang dituliskan itu, Nur Nasirah Nazri, isteri
kepada Ismail Lambak, tampil mempersoalkan tindakan laman berkenaan.
"terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya.
Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti
saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak.
"Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah
ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah
buat saya jadi hotsuff sekejap.
"By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Kalau
saya cakap saya tak maafkan awak sebab awak heboh gambar ini, awak rasa
okay tak? Okaylah kot kan? Biasalah manusia ini, hal orang sedap saja
kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita,
pandai pula nak melenting.
JOM BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment