Beliau yang menjadi tetamu dalam program bual bicara Langit Biru di Radio Bernama sempat bercerita bahawa terpaksa melupakan cita-cita selepas mengahwini Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walau bagaimanapun, isteri kepada pemimpin nombor satu negara ini berkata, beliau reda dengan ketentuan takdir itu.
"Sudah pasti saya mahu menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi ketika itu. Ibu bapa sokong saya belajar sebaik mungkin, setinggi-tinggi yang boleh dan tentunya mahu melihat anak perempuannya ini jadi yang berjaya.
"Tapi apabila saya kahwin dengan Datuk Seri Najib banyak yang saya tak dapat buat dan tidak mungkin saya buat. Sebagai isteri pemimpin negara, saya redalah. Bak kata orang putih 'destiny'...ditakdirkan berkahwin dengan pemimpin negara," katanya.
Melalui bual bicara selama 30 minit itu juga, Rosmah berseloroh tentang sikap suaminya yang terlampau penyabar malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia.
"Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar.
"Tapi macam beliau kata, jangan 'cross the line'. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu.
"Agaknya kalau saya dan anak-anak 'cross the line'. Tak tahulah macam mana beliau respons," ujarnya ketika ditemu ramah dalam program baru Langit Biru terbitan Biro Tatanegara (BTN) dan Bernama Radio.
JOM BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment