Paling berkesan adalah dengan cara mempamerkan kulit yang halus semula jadi. Caranya dengan mengambil enam makanan ini. Ia dikatakan mampu meremajakan kulit menjadikan kulit anda seperti gadis 17 tahun. Wow! Apa tunggu lagi jom amalkan.
1. Yogurt
Kandungan dalam yogurt sangat baik untuk kesihatan kulit. Protein dalam yogurt tak hanya memberi tenaga pada tubuh malah asid amino yang terkandung dalamnya juga berguna untuk menghapuskan lingkaran hitam bawah mata.
2. Teh hijau
Teh hijau kaya dengan antioksidan yang diketahui ramai berupaya melambat proses penuaan pada kulit. Selain itu pengambilan teh hijau secara konsisten turut membantu menurunkan berat badan. Ada juga kajian mengatakan teh hijau dapat melindungi tubuh dari serangan kanser. Memang tak rugi minum teh ini bukan.
3. Pisang
Kalium, vitamin B6, dan asid folat dalam pisang mampu menjadikan kulit menjadi lebih segar juga awet muda. Jadi amalkan buah ini setiap hari ya!
4. Paprika
Juga dipanggil lada benggala, sumber makanan ini memiliki zat antioksidan yang tinggi sekali gus memberikan kesan pada kulit, menjadikannya lebih sihat dan segar.
5. Salmon
Ikan ini agak mahal tapi berbaloi membeli kerana khasiatnya tinggi. Lemak dan omega 3 dalam ikan salmon ini sangat baik untuk kesihatan kulit dan juga kesihatan tubuh secara keseluruhannya.
JOM BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment