Sistem transmisi atau kotak gear atau “gearbox”
ialah komponen kedua paling mahal dan paling sibuk selepas enjin. Ia
juga sangat kompleks dan mempunyai banyak komponen yang sentiasa
berpusing.
Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang dijual ialah yang
menggunakan transmisi automatik. Mungkin kerana harga minyak kita yang
masih murah kerana di Eropah di mana harga minyak boleh mencecah
sehingga RM7.00 seliter, transmisi manual menjadi pilihan kerana ia
menjimatkan penggunaan bahan bakar. Apapun, pilihan di tangan pengguna
dan lebih 80 peratus kenderaan persendirian yang dijual di Malaysia
ialah kenderaan dengan transmisi automatik.
Careta berkongsi pendapat dari beberapa mekanik untuk
menyenaraikan cara-cara bagaimana kita boleh menjaga transmisi automatik
kereta kita.
1.Pastikan kenderaan dalam keadaan berhenti sepenuhnya sebelum anda
mengubah gear dari D ke R (gear undur). Ramai pemandu yang kurang sabar
dalam bab ini sebenarnya.2.Bila meletakkan kenderaan di jalanraya curam, gunakan handbrake dahulu sebelum masukkan gear ke P. Ini mengurangkan beban pada komponen seperti pin pada posisi P dan penyambungnya.
3.Letakkan transmisi ke N (neutral) bila berhenti lama di lampu merah. Ia mengurangkan beban kepada komponen-komponen berpusing seperti torque converter dan lain-lain.
4.Jangan selalu melanggar tebing jalan (road kerb) bila meletakkan kenderaan anda. Ia juga sedikit sebanyak memberikan beban yang tidak perlu pada sistem transmisi dan juga tayar anda.
5.Untuk transmisi automatik dengan tukaran gear manual (plus/minus), jangan selalu memaksa gear untuk turun ke nisbah lebih rendah ketika turun bukit atau ketika mahu memperlahankan kenderaan. Ia bukan sahja teknik yang salah, ia bakal merosakan kotak gear automatik anda. Gunakan brek untuk memperlahankan kereta dan selepas itu, turun pada gear yang sesuai.
6.Selalu periksa tahap pelincir transmisi (ATF atau automatic transmission fluid). Lakukan setiap 5,000 km atau tiga bulan sekali. Tanpa pelincir yang cukup, kotak gear akan rosak dengan sangat mudah. Jika pelincir kurang atau disyakki bocor, jangan pandu kenderaan anda. Panggil penunda (tow truck) dan tunda ke bengkel atau pusat servis kereta. Biar rugi RM150 (upah menunda) dari rugi berbelas-belas ribu RM (harga transmisi automatik boleh mencecah puluhan ribu Ringgit sebenarnya).
7.Haba ialah musuh utama transmisi automatik. Selain dari pelincir ATF yang mencukupi, pastikan sistem itu sesuai dengan cuaca di neagra kita yang panas dan lembab ini. Sekiranya kereta anda jenis reconditioned (recond), periksa samada ia boleh dipasang dengan ATF cooler. Jika boleh dan jika mampu, pasang kerana ia akan membantu anda memanjangkan hayat kotak gear tersebut.
8.Selalu ganti penapis sistem transmisi anda. Periksa dengan buku manual atau dengan pusat servis. Tidak salah jika anda menukarnya lebih awal.
9.Gunakan pelincir terbaik seperti sintetik untuk sistem transmisi automatik anda. Ia ialah satu pelaburan yang berbaloi.
10.Sekiranya anda terlekat di dalam lumpur, jangan cuba untuk maju dan undurkan kenderaan dengan ganas. Tunggu sebelum anda tukar ke gear undur, dan rehat sebentar sebelum masuk ke D semula. Ini ialah satu petua yang selalu dilupakan, terutama kepada kenderaan 4X4 automatik yang mempunyai tork yang sangat tinggi. Hasilnya, terpaksa menggantikan transmisi automatik yang rosak akibat keganasan sendiri.
JOM BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment