Tetapi sangkaan saya meleset.
Sedang saya masu ke pintu KTM, dia berhenti berjalan dan menegur saya
dengan bahasa inggeris yang amat fasih sekali. Cuak saya, ingatkan ada
orang gila yang menegur.
Setelah dipandang benar-benar wajah beliau, masyaAllah. Doktor Saiful
Ad-Daulah, pensyarah i'jazul quraan Fakulti Quraan dan Sunnah. Beliau
yang ingin ke Port Klang mengambil bagasi-bagasi untuk dibawa pulang ke
khartoum.
Saya mencium tangan beliau di depan orang ramai sehingga semua terasa
terkejut. Ya, ini kerana mereka semua mengandaikan beliau seorang lelaki
India yang gila. Padahal di dalam dada beliau penuh ilmu usul quraan
dan habis. Tanya sahaja makna pada perkataan-perkataan hadis, beliau
akan menerangkan dengan penuh terperinci.
Pensyarah yang tidak mempunyai kenderaan kecuali kedua kakinya.
"Kenapa tuan keluar dengan berpakaian seperti ini?" soal saya pada dia.
"Saya hanya berpakaian kemas di hadapan pelajar dan universiti. Di luar universiti, saya hanyalah manusia biasa," katanya.
Semua mata tertumpu pada kami sehingga membuatkan beliau terasa malu.
Masakan tidak, orang menyangka dia seorang lelaki India berstatus
gelandangan sedang fasih berbahasa Arab.
Beliau sempat menghuraikan kepada saya beberapa hadis dan athar sahabat
dengan penuh ilmu sambil saya membiarkan tren saya berlalu begitu sahaja
kerana saya takut saya tidak mempunyai peluang keemasan bersama dengan
beliau di masa akan datang.
Beliau langsung tidak memandang ke arah perempuan, malah jalannya
sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke Surau Anggerik, beliau
adalah jemaah harian di situ.
"Saya tidak pernah menaiki kenderaan ke surau, malah saya ingin sentiasa
berjemaah di sana tetapi apakan daya Zohor dan Asar memaksa saya
berjemaah di surau fakulti," katanya.
No comments:
Post a Comment