PUTRAJAYA - Sumber dari seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran
kerajaan mendedahkan, kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak
akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya bermula Disember 2016.
"Kakitangan berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan
sepenuhnya mulai Disember 2016. Kepada kakitangan kontrak, bolehlah mula
merancang untuk mencari kerja-kerja lain sementara masa masih ada,"
kata sumber.
Menurut individu yang mendedahkan perkara tersebut, dia mendapat maklumat itu dari mesyuarat yang dihadiri olehnya pagi tadi.
Dia yang pada mulanya enggan berkongsikan mengenai perkara itu namun
memikirkan bahawa kakitangan awam berstatus kontrak perlu tahu dan
membuat persediaan awal, lalu mendedahkan perkara itu di media sosial.
"Saya sebenarnya enggan ambil pusing tetapi memandangkan saya perlu
beritahu untuk persediaan awal rakan-rakan yang terlibat agar perkara
ini tidaklah mengejutkan mereka.
"Saya pun ada anak bini, saya pun fikirkan nasib kakitangan kontrak yang
ada anak bini. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, sumber yang lain pula mengesahkan bahawa apa yang diberitakan itu adalah benar.
"Semua kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung
perkhidmatannya dan akan digantikan dengan jawatan yang kekal. Pihak
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiada peruntukan yang mencukupi untuk
menampung gaji kakitangan kontrak pada tahun ini dan tahun seterusnya,"
jelas sumber kedua.
Difahamkan beberapa agensi kerajaan juga giat menyerap kakitangan
kontrak ke jawatan tetap semenjak tahun lalu bagi mengelakkan gerak
kerja setiap agensi tidak terjejas. - THEHYPEMEDIA.COM
BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment