Tapi sebenarnya kerana perkara-perkara itu jugalah membuatkan sebahagian daripada kita tak berapa suka, menyampah malah ada yang rasa potong stim melihatnya. Bagi yang berasa demikian, VK nak kongsikan tentang pengalaman hidup Dato' Seri Vida ini yang akan buat korang rasa tak patut sangat membenci dia. Mungkin selepas membacanya korang akan menjadikan usahawan ini sebagai inspirasi pulak.
1. Dato' Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dato' Seri Vida, anak kelahiran Machang, Kelantan ini lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa. Keadaan itu menyebabkan dia dan ibu hilang punca rezeki secara tiba-tiba. Tapi bermula dari situ dia belajar berniaga, apa saja yang boleh memberi wang, dia akan jual.
2. Ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia. Tanah itu dijual pada harga RM13,000, tapi tahun pertama pengajian saja dia sudah menggunakan RM5,000 untuk membayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Ini menyebabkan dia mencari duit saku dengan berniaga di kampus.
3. Nampak macam kekampungan tapi wanita ini memiliki Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah) dan berpengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.
4. Sambil mengajar beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah. Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd ini juga pernah menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).
5. Memulakan perniagaan selepas mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, Dato' Seri Vida memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu. Namun akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produknya langsung tidak mendapat sambutan. Tapi dia belajar dari kesilapan. Selepas kerugian akibat iklan yang tidak menjadi, apabila menaja Gegar Vaganza dia tekad stesen tv harus mengikut caranya.
6. Kita nampak macam gila glamor tapi wanita ini sebenarnya seorang yang sederhana di rumah dan di pejabat. Bukan gemar pun memakai baju mengerlip dan tiara di atas kepala sepanjang masa, katanya ia dilakukan untuk memberi identiti untuk produk. Kerana kelainan itulah orang mengingatinya. Betul juga.
7. Lebih tujuh tahun bisnes Dato'Seri Vida melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga. Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.
8. Namun ketika dia mengecap kejayaan, Tuhan mengujinya dengan pemergian dua anaknya yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada Ogos 2013. Lebih menyayat hati kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum umat Islam meraikan satu Syawal.
BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment