Thursday, 21 January 2016

Kami Tak Sangka Kos Untuk Buat Pelamin Cantik Ini Cuma RM200, Pakai Tisu Je!

isucover
Memilih pelamin terbaik untuk majlis perkahwinan bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai faktor perlu diambil kira antaranya tema, warna, bajet dan lain-lain.
Hasil kreativiti daripada beberapa orang anak muda ini wajar diberi pujian kerana dengan hanya menggunakan tisu dan bajet keseluruhan sekitar RM200, pelamin DIY ini siap dibina. Simple & cantik!

Guna tisu je!

tisu1
Pelamin jimat menggunakan tisu ini telah dihasilkan oleh team Vv – The Art Thinker khas buat rakannya yang baru mendirikan rumah tangga. Siapa sangka dengan bajet sekitar RM200 termasuk sewa kerusi, pelamin yang begitu cantik ini dapat dihasilkan.
tisu4
Selain pelamin, ia juga boleh dijadikan hiasan dinding bilik pengantin, backdrop untuk photobooth, dinding ruang tamu dan sebagainya mengikut idea seni masing-masing.

Pilih warna tisu

tisu2
Untuk pelamin ini, mereka menggunakan tisu bewarna putih dan hijau. Jumlah untuk beli tisu hanya rm24 untuk 36 bungkus tisu.
tisu6
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala alatan dan cara-cara buat pelamin tisu DIY ini, korang boleh klik dekat sini. Siapa kata nak kahwin perlukan pelamin yang mahal?
tisu8
tisuuu


JOM LIHAT GAMBAR SETERUSNYA DISINI

No comments:

Post a Comment